Tolong Ingatkan Aku......II

Tolong ingatkan aku
bayar segala hutang piutang.....
hutang duit
hutang masa
hutang kasih sayang
hutang kurang perhatian
hutang janji
hutang senyum
hutang kerja...
(sbb mengelat atau mengular)

Tolong ingatkan aku
untuk bersyukur
atas segala nikmat yang Dia telah berikan
keindahan
kesihatan
rezeki
kegembiraan
kebahagiaan
kemakmuran
termasuk oksigen percuma
Tolong ingatkan aku
bahawa hidup ni penuh warna
ada kepayahan
ada kemiskinan
kekayaan
kemewahan
ada yang merah
ada yang hijau
ada yang biru
ada yang hitam
ada yang putih
ada yang berani
ada yg pengecut
ada yang pemurah
ada yang kedekut.....
ada yang jujur
ada yg main wayang
Tolong ingatkan aku
tanggungjawab sebagai hambaNya
sebagai warganegara
sebagai anak bangsa
sebagai anak
isteri
suami
ibu bapa
kawan
rakan
sahabat
kekasih
jiran
masyarakat
pekerja
majikan
ketua
kalifah
Tolong ingatkan aku
segala janjiNya kepada kita
jadi
jangan lupa solat
jangan lupa zakat
jangan lupa rukun yang lima
jangan lupa KIAMAT SUDAH DEKAT.....haiyokkkkk

2 arts:

nora shaari said...

suka dgn post ni.............
menarik!!!!! Kena minta ana rafali nyanyikan smula lagu ni mngikut lirik ni....

mylin said...

tq tq tq.... ni idea spontan jer ni... x kene ngan melodi lagu ana raffali. bahasa pun huru hara....

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.