Arca Paper Mache....

Apa itu arca????
- bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) utk dikaji dan dinikmati nilai estetiknya...
- sealiran dgn seni bina, hiasan dalaman dan reka bentuk pentas....tetapi ada keistimewaannya yg tersendiri

Apa pulak paper mache atau papier mache?
- Paper mache berasal dari bahasa Perancis lama yang bermaksud kertas yang dikunyah atau dihancurkan sehingga lumat. Biasanya surat khabar laaaaa.

Ok jom kita hasilkan arca menggunakan paper mache....

Apakah bahan-bahan yang perlu disediakan???
1. Kertas - contohnya surat khabar yang dikoyak atau dicarik-carik. pastu rendam dan blend.
2. Gam kertas.
3. Warna - water colour, akrilik atau cat pun boleh
4. berus warna
5. blender
6. mangkuk
7. plastik pelapik

Awas!!! jgn gunakan mangkuk plastik n blender utk sediakan makanan...nanti keracunan makanan...
Surat khabar yg telah diblender. (satu drp teknik.... gunakan teknik koyakan pun boleh jugak)
Gaul dengan gam....
Bentuk asas arca boleh dibuat menggunakan gumpalan surat khabar, jaringan dawai atau gabus putih / styrofoam, kemudian tampalkan papermache sedikit demi sedikit....menjadi bentuk yang dikehendaki.
Lapisan terakhir menggunakan tisu supaya permukaan arca nampak lebih licin. Sebelum itu, tambahkan paruh dan sayap....
Apabila kering, lakarkan bentuk pemisah warna...
Mari mewarna...
Bahagian kepala dan badan berwarna hitam.
perut dan muka berwarna putih... paruh pula berwarna jingga.
ermmmmm...nila bebudak yg menghasilkan arca penguin daripada paper mache......

Januari - Glenn

Selamat tinggal Januari............ Januari dari Glenn ni khusus utk org2 yg ditimpa rasa "pelik2" di Bulan Januari...hahahahahihihihi.....Selamat datang Februari....

Blogger "Redmummy" untung RM1 juta Setahun

2011/01/23

pix_gal0

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan
KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.
Berita lanjut dapatkan naskhah Berita Minggu hari ini-Sumber;Baca berita tersebut di Bharian Online
.......cakap2 kat bawah ni merupakan petikan dr blog donnyien.com...(sori n terima kasih donny...ni promo blog awak jugak ni.....)

Wow!masa saya melawat bharian online tadi,terkejut beruk bila tengok angka rm12k sebulan hasil dari blogging tu..ianya betul-betul menaikkan kembali semangat saya untuk terus meng-update blog setiap hari.Setahu saya,dia pernah masuk rancangan fear factor Malaysia sekaligus menaikkan namanya sebagai blogger terkenal dan dikenali ramai.

Kalau nak tahu dia cuma pasang 1 iklan sahaja di blog dia iaitu nuffnang,dan termasuk affiliate program.

Rahsia kejayaan blog Redmummy mengikut pengalaman dan kajian sendiri;

1.Trafik yang tinggi.

Semakin tinggi trafik blog,semakin banyaklah pendapatan dari blog dan sebaliknya.Berapa agaknya trafik redmummy sehari?blog saya hanya mendapat purata 1,500 visit sehari.Memang jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan trafik redmummy.Tapi syukur bulan lepas sudah mula mendapat sedikit pendapatan sampingan.

2.Komitmen

Blogging sama dengan pekerjaan yang lain,perlukan komitmen yang tinggi,kesabaran dan masa.kalau sekadar hangat-hangat taih ayam agak susah untuk berjaya.

3.Update blog selalu

Kalau kamu tengok redmummy update 5-8 post sehari,Blog yang jarang diupdate ibarat rumah yang tiada penghuni.

Naik tingkat server dengan Microsoft

Semua entries telah disiapkan dan diset ke auto publish setiap malam, entries yang anda baca di siang hari, adalah kejadian yang berlaku sehari atau beberapa hari sebelum diblog. Sekurang-kurangnya 5-8 entries telah disetkan ke auto publish dari malam hari, untuk publishing setiap siang hari. AUTO PUBLISH.

Saya cuma uddate 2-3 post sehari,paling banyak 4 post.Kena balance dengan kerja offline.

4.Popular.

Penyumbang utama trafik di redmummy.Dia pernah masuk beberapa rancangan TV,Sekarang dia sudah dikenali ramai.Jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak muka saya keluar di mana-mana rancangan TV :) haha..gurau ja.

5.Blogwalking

Rajin-rajinlah blogwalking dan komen di blog orang lain.Kena rajin sikit.Blog saya [donnyiendotcom] hanya dapat income selepas dua tahun berblogging.bukannya sebulan tau..

6.Minat.

Minat berblogging kena ada. Jangan berblog semata-mata nak dapatkan duit. Buat sesuatu tu kena ada minat, baru menjadi :)

7.Unik

Tonjolkan keunikan blog anda, olah dengan gaya bahasa anda sendiri, cerita benda-benda yang orang suka baca. Barulah readers keep on coming.

8.Aktif Twitter

Kalau twitter pulak, tambahkan follower bagi lagi ramai.Mesti aktif bertweet. Actually it’s all about networking. Makin ramai readers/followers, prospek lagi cerah nak buat duit .Jangan lupa Follow me on twitter ok.

9,Aktif Facebook.

Setiap kali publish entry,terus share di FB,FB penyumbang kedua trafik donnyien selain Google.Follow my facebook at http://www.facebook.com/donny.ien

Ada sesiapa mau tambah?.. share di ruangan komen

......sesape yg dah baca entri ni....buatlah ape2 yg sepatutnya....terutama, jd la follower blog sy n rajin2 la komen.....hahahaha....InsyaAllah sy akan jd follower anda juga n komen ape2 yg patut.... (berangan jd kaya la ni.....tp just berangan jer...)..sbb bukan rajin update blog pun kan! Seminggu sekali pun susah... xpe...ni cuma hobi jer... n nk tengok keje2 seni sendiri terpapar kt blog yg berlatarbelakangkan warna hitam tu....perasan mcm menyerlah jer....

Liza...Cinta Semestinya Bersatu...





Sori Liza n Arif...lmbt... Tajuk kat atas dipilih, lanjutan drp satu cerita dlm Majalah Gila-gila...kesian Liza dlm cerita tu...harap2 liza yg ni bahagia selalu.... Kalu ada baca...tajuk kartun tu.... 'Liza...Cinta Tak Semestinya Bersatu.."

Tolong Ingatkan Aku......II

Tolong ingatkan aku
bayar segala hutang piutang.....
hutang duit
hutang masa
hutang kasih sayang
hutang kurang perhatian
hutang janji
hutang senyum
hutang kerja...
(sbb mengelat atau mengular)

Tolong ingatkan aku
untuk bersyukur
atas segala nikmat yang Dia telah berikan
keindahan
kesihatan
rezeki
kegembiraan
kebahagiaan
kemakmuran
termasuk oksigen percuma
Tolong ingatkan aku
bahawa hidup ni penuh warna
ada kepayahan
ada kemiskinan
kekayaan
kemewahan
ada yang merah
ada yang hijau
ada yang biru
ada yang hitam
ada yang putih
ada yang berani
ada yg pengecut
ada yang pemurah
ada yang kedekut.....
ada yang jujur
ada yg main wayang
Tolong ingatkan aku
tanggungjawab sebagai hambaNya
sebagai warganegara
sebagai anak bangsa
sebagai anak
isteri
suami
ibu bapa
kawan
rakan
sahabat
kekasih
jiran
masyarakat
pekerja
majikan
ketua
kalifah
Tolong ingatkan aku
segala janjiNya kepada kita
jadi
jangan lupa solat
jangan lupa zakat
jangan lupa rukun yang lima
jangan lupa KIAMAT SUDAH DEKAT.....haiyokkkkk

Tolong Ingatkan Aku......

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

....lagu ni menang....tapi lagu ni mmg best pun....selalu aku berkaraoke dlm kereta, bila lagu di berkumandang di XFM.....
Cayalah Ana.....dalam maksud lirik lagu ni.......

Jom Teka....Siapa menang AJL 25.....

Hmmmmm....hari ni Anugerah Juara Lagu ke 25 kat TV3 langsung dr Stadium Putra, Bukit Jalil. Sesiapa yg dpt tengok live tu mmg bertuah ler (ada mmber tu dpt tiket free...jeles betulllll) kita yg jauh2 ni.....ngadap tv jer la.....kensel suma prog mlm ni....Jom teka sape menang.....
Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu 25
  • Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
  • Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  • Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
  • Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
  • Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  • Cinta Sempurna – Yuna
  • Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  • Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  • Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  • Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  • Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  • Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  • Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
  • Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Semua lagu yang layak dipilih oleh juri-juri seperti Azmeer, Edry Hashim, Che Kem, Zainuri Misfar dan diketuai oleh Azhar Borhan. Pada pendapat korang siapakah yang bakal merangkul Juara ANUGERAH JUARA LAGU 25 ?

Aku rasa la.........

1. Lagu Faizal Tahir mesti ada menang....Kalu x Selamat Malam, pasti Hanyut....

2. Drama King....MUH

3. Cinta Sempurna.....Yuna

Ntah ler.....tunggula mlm nnt.....

Mersing, Aku dan Dia....

Siapakah dia?????
Itulah dia.... ikatan tali pd kayu jeti di kawasan nelayan "menyorokkan" bot2nyer di muara Sungai Mersing...
pokok bakau.... (maaf kalu salah info....x berapa kenal jenis pokok...)
Dia ialah ikan belacak (maaf sekali lg kalu salah...sbb x kenal jenis ikan....ikan pari aku kenal laaaa)
Dia juga ialah gadis genit ini..Niza.... rakan photographerku dlm sesi fotografi di Mersing tempoh hari....
Sotong bosar yang liat mcm gotah.... ingatkan sodap... rupo2nyo liat. perghhhh sakittttt
dia juga kayu hanyut ini yg menyerupai tubuh manusia terbaring....mengiring...
pohon nyiur melambai2.... di Teluk Buih, Mersing
sekali lagi gadis genit ini...... merenung jauh merentasi Laut Cina Selatan......
ermmmmmm...dia ialah pasangan suami isteri ini yang tekun mencari bende pelik ini.........
hiiiiiiiii.....geli gelemen..... ingatkan dorg berdua tu nak goreng utk santapan petang tu.... rupa2nya sejenis cacing utk dijadikan umpan memancing.....
Sekali lagi dia posing......model sambilan....boleh tahan jugak kannnnn!!!!!
urutan pergerakan ombak yang x sudah2 memukul pantai Air Papan....sampai sakit semua badan pantai...asyik kene pukul jer.....
bergulung2....dan menghempas ke pantai....aduhhhhhhh
memercik......
memukul batu2 di tepian pantai.....adihdihdih....sakit.....(personifikasi ni...)
Hah.....tu dia photographer comel....nampak pro kan.....ehekhekhek....
Sang Siput yg melekat kat batu2 berwarna warni.....
batu2 pelbagai saiz n warna....(kepelbagaian dlm kesatuan)
Rumpair la pulak.....
Zoooooommmmm pd pucuk pokok bakau.....
Itula.....Mersing, aku dan Dia.....dan segala kurniaanNya. Alhamdulillah3..syukur nikmat.
Segala kejadian di atas adalah berlaku pada 24 Disember 2010 di Muara Sungai Mersing, Teluk Buih dan Air Papan...dalam sesi latihan mengeshoot menggunakan kemera kami......Nikon D3000 dan D5000..... Kami x lah sehebat mane....masih banyak yg perlu dipelajari.... Kepada sesape yg berkaitan n banyak ilmu ttg fotografi....berilah kami tunjuk ajar.... berbayar pun x ape.... Kalu nak komen...komen aje la...x der hal punya.....sila...sila...dipersilakan

Selamat Tahun Baru 2011

Cepat betul mase berlalu...pejam celik pejam celik.....365 hari dlm 2010 dah abes dah...banyak betul kenangan pahit atau manis yg kita lalui...malah azam n cita2 tahun lepas masih ada yg x kesampaian lg......sekarang kita dah berada dlm tahun 2011..... Teruskan usaha dgn penuh semangat....kerja...kerja...kerja.....sampai berjaya...... Mudah2an kita semua diberi laluan mudah olehNya utk lebih cemerlang dlm semua aspek.......Amin....Moga 2011 lebih indah......Aminnnnnn

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.