...hanya satu kali sentuh......

.....hahahaha ...memang hebat.........pelukis ni hanya meletakkan pensel sekali jer.....tu tengok betul2.....bermula kat tengah2 (bahagian hidung).....pastu dia pusing2 guna teknik garisan kerlingkar....dan berakhir kat bawah....hebat betul pelukis ni.......cuba belek....bila karya seni hebat ni dihasilkan....?

Dominasi McLaren GP China - Button menang lagi...

Pelumba McLaren, Jenson Button menggenggam tangan meraikan kejayaan mengungguli GP China, semalam sambil di tempat kedua milik rakan sepasukan, Lewis Hamilton. - AP

SHANGHAI - Juara dunia, Jenson Button mempamer pemanduan bertenaga pada perlumbaan di atas litar basah untuk memenangi kejuaraan Formula Satu (F1) Grand Prix China, semalam, mengalahkan rakan pasukan Lewis Hamilton.

Kedua-dua pemandu Britain itu buat pertama kali berada pada kedudukan satu dua, sekali gus merentap harapan Red Bull, yang terpantas pada sesi kelayakan.

McLaren mencatat kemenangan hasil strategi dan taktik perlumbaan yang menjadi.

Dua pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Mark Webber, yang mencatat kedudukan satu dan dua di Malaysia, dua minggu lalu, sekadar di tempat keenam dan kelapan.

Kemenangan Button, yang mencatat masa 1:46:42.163 adalah kemenangan kedua dalam empat perlumbaan sejak menyertai McLaren musim ini, serta yang kesembilan sepanjang kariernya.

Keputusan awal untuk tidak memasuki pit ketika pemandu lain bergegas menukar tayar ekoran hujan pada awal perlumbaan, membuktikan keputusannya tepat.

Kemenangan itu melonjak kedudukan ke tempat teratas dengan kelebihan 10 mata, mengatasi pemandu Jerman, Nico Rosberg, yang menyudahkan perlumbaan di tempat ketiga bersama pasukan baru Mercedes GP.

Rakan pasukan Rosberg, yang juga juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher, 41, pula dilihat bergelut dengan hanya berada di tempat ke-10 untuk mendapatkan satu mata.

"Wow... Kejayaan yang hebat," jerit Button menerusi radio pasukan setelah memperlahankan jenteranya.

"Kami benar-benar memperolehinya. Tahniah kepada semua," tambahnya lagi.

Hamilton menjadi orang pertama yang memberi ucapan tahniah padanya, Button mengakui, "Apabila kereta keselamatan keluar untuk membersihkan serpihan dari trek, kemenangan ini benar-benar nyata. Kemenangan ini begitu istimewa, ia memberi erti yang banyak.

''Ia merupakan perlumbaan yang sukar dan kami melakukan kerja yang baik."

Jika Button mempamerkan gaya yang lancar, skil yang sempurna dan pengurusan tayar yang hebat, Hamilton pula menunjukkan aksi yang garang, terlibat dalam kemalangan.

Hamilton juga terjebak dalam aksi dramatik di laluan pit, apabila saling merapati satu sama lain dengan Vettel dari Red Bull.

Insiden itu bakal disiasat oleh pegawai perlumbaan.

"Pasukan melepaskan saya ketika mereka merasakan ia adalah masa yang baik. Kereta saya sedikit goyang apabila saya meninggalkan kawasan pit dan saya perasan Sebastian berada di situ, malah dia menolak saya sedikit ke kanan. Tetapi saya fikir, ia tidak apa-apa," kata juara dunia berusia 25 tahun itu.

Selain itu, Rosberg juga membuat panggilan strategik yang tepat dan mendahului 19 pusingan, seterusnya mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga di depan dua juara dunia dua kali, Fernando Alonso dari Ferrari.

Robert Kubica, Renault pula berada di kedudukan kelima manakala pemandu Red Bull, Vettel, yang bermula dari petak pertama, berada di tempat keenam.

Pemandu Rusia, Vitaly Petrov turut membuktikan bakatnya dalam perlumbaan trek basah, apabila meletakkan Renault di tangga ketujuh, di depan pemandu Australia, Mark Webber dari Red Bull.

Schumacher hampir pasti menyudahkan perlumbaan di tempat kelapan, namun dipintas pada pusingan akhir oleh Webber dan pemandu Ferrari, Felipe Massa, yang berada memperoleh kedudukan kesembilan. Dia mendapat tempat ke-10. - AFP

PENSEL - bukan untuk menulis, melakar atau melukis...

Kaji....amati.....hayati.....nikmati...








Melihat arca daripada pensel yg sebegini kreatif...... membuktikan....bahawa kalau kita berkehendak......dengan apa2 barang pun kita boleh menghasilkan karya seni yang kreatif dan bermutu..........Tiada batasan....(teringat aku dgn sorang Mat Salleh yg hasilkan arca menggunakan taik hidung dia sendiri....yang dia kumpul setiap hari.....uweeekkkkk...tapi.... itulah seni....hahahaha) ........aku....aku memang ada hobi mengumpul pensel sejak 10 tahun yg lalu....ada mcm2 rekaan (body) pensel yg jadi koleksi ....da banyak yg hilang jugak..... sumber aku ambik dari Fun and Fun Only.......

This is......Alive With Adrenalin

Kalau tak dapat pegi ke Sepang Circuit Ahad ni......jangan lupa tengok kat TV7 tau......4 petang...

Michael Schumacher...lagenda F1 yg kembali semula dalam arena berprestij ini di Sepang dan yg bestnyer......bawak Mercedes Petronas.......sempat jugak dia meronda2 kat litar sepang ngan motor buatan Malaysia.....Modenas GT128.......(perasan x.....??? apa imej yg wujud kat bahagian depan motor Modenas tu?????
Apalah pulak nasib Lotus F1 Malaysia Ahad ni????? Tapi Kovailainen berharap "hujan rahmat" akan turun lagi tahun ni.....Tapi jangan si Butang Jensen Button pulak yg menang....tahun lepas dia yang menang......berjaya dia menguasai "hujan rahmat" tu....sempat abiskan 23 laps jer drp 56 laps...Perlumbaan dihentikan.....sbb hujan lebat sangat...hmmmm...habis basah aku masa tuuu....Tahun ni dia bawak Mclaren Mercedes.....
Pemandu Ferrari....Alonso (37 mata) n Massa(33 mata) yg setakat ni dpt mata tertinggi...pun risau hujan turun Ahad ni......Sebastian Vettel .....Lewi Ham....pulak camne....Kalu hujan turun lagi.....hmmm....banyak lah kereta yg 'terpeleset'........

Apa2 pun....Terima kasih Tun Dr Mahathir....kerana visi dan gagasan beliau inilah...Sepang Circuit......Lotus F1.....n......Petronas menjadi kebanggaan kita semua....
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.