Doa seorang pencinta seni visual....

Ya Allah! Sesungguhnya lukisan adalah sumber terawal untuk merakam dan mendokumentasikan sejarah. Daripada lukisanlah terilham abjad-abjad yang digunakan pada hari ini dan dengan abjad-abjad itulah kami dapat melaksanakan perintah-Mu agar membaca, mempelajari, mengkaji dan meneliti sepertimana perintahMu dalam Surah Al Alaq ayat pertama.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk"

Oleh itu ya Allah! Jadikanlah kami sebagai hambaMu yang mempunyai keindahan peribadi. Jadikanlah jiwa seni kami sebagai alat untuk mengenali hakikat kejadian diri kami dan juga mengenali diriMu.
Jadikanlah kemahiran dan keupayaan sebagai insan seni yang ada pada sebahagian daripada kami sebagai tanggungjawab ibadah dan dakwah. jadikanlah jiwa seni kami dapat mengenali dapat mengenali dan menjauhi sifat-sifat mazmummah (keji) seperti sombong, angkuh, meninggi diri dan sebagainya, sebaliknay dapat menghias diri dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti amanah, ikhlas, berbudi bahasa, bersopan santun dan lain-lain.

Ya Allah! Jayakanlah Pameran Simfoni Warna 2013 ini. Sampaikanlah maksud dan tujuan penganjurannya. Jadikanlah hasil karya dalam pemeran ini sebagai sesuatu yang dapat menyegarkan diri.  ke pada sifat-sifat kesempurnaanMu. Sesungguhnya  Engkau maha Esa,  Engkau maha kaya. maha bijaksana,, Maha berkuasa dan memiliki semua sifat keagongan.

Ya Allah! Jadikanlah majlis ini sebagai majlis yang dirahmati dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang terpelihara. Ya Allah ! Jauhkanlah kami daripada sebarang kecelakaan, dipencilkan atau tersekat daripada mendapat rahmatMu.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

dipetik dr bacaan doa oleh Ustaz Tuan Haji Abu Bakar Selamat dari Yayasan Warisan Johor, semasa Majlis Perasmian Pertandingan Simfoni Warna 2013 di JB 4 Julai 2013

Kenapa aku masukkan doa ini dlm blog aku ni.... semestinya doa ini amat indah, bermakna n lain drp yg lain.... Lihat bagaimana ustaz mengaitkan seni dgn kebesaranNya...n kebesaranNya dgn seni...hayati juga bagaimana ustaz mengaitkan seni dengan agama dan agama dengan seni....juga kaitannya dgn identiti sesorang, sehingga kita merasakan seni dan bakat seni itu sungguh indah n amat tinggi nilainya, seterusnya mmg patut dihargai...

Hanya PadaMu....Karya ArtGeng Melaka lagi...

Hanya PadaMu I....Saiz 12" x  12"
Hanya PdaMu II ....  Media : acrylic n canvas
Hanya PadaMu III
Aura

Damai....
Akan dipamerkan di Bastian House Melaka mulai 24 Ogos (kalu x silap)...
Antara karya aku yang lain....boleh tengok sini..... dan..... sinu. (yg pernah pamerkan di MATIC Januari lepas..)...hehehe harap2 ada yg berkenan utk memiliki.....

Mahadhir join Artgeng

Akhirnya.... Khair Izz Mahadhir berjaya menyiapkan 2 karya 12"x12" ini..... watak dlm filem animasi 'plane'
dan watak dlm filem animasi 'Turbo". 
Menggunakan acrylic di atas permukaan kanvas....
Siap....n telah dihantar by pos laju...utk sertai pameran ArtGeng di Bastian House, Melaka Ogos ini....

Simfoni Warna 2013 di Galeri Seni JB

Yuhuuuuuu....cerita pasal seni lagi....
Peristiwa : Anugerah Emas Pertandingan "Simfoni Warna 2013" antara Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor
Tarikh : 4 Julai 2013
Tempat : Galeri Seni Johor, Jalan Petrie, JB
Masa : 10.30 pagi
Penganjur : Page One Academy (The Art School )
Sokongan penuh oleh : JPNJ dan Yayasan Warisan Johor
Penerima Anugerah Emas dr sekolahku : Muhammad Nurhakim Suhaimi
Muhamad Izzuddin Jailani
(ni suasana dalam galeri smasa majlis penyampaian anugerah)
Semasa aku dpt surat jemputan utk menghadiri majlis ni, ada yg tertanya2 bila masa aku bawak bebudak ni masuk pertandingan...tup tup tetiba dapat anugerah pulak.. tula... aku pun x sangka. Sebenarnya pertandingan ni diadakan pada bulan Mac yg lepas...dan Page One Academy dah banyak tahun anjurkan pertandingan ni tetapi khusus utk sekolah2 area JB jer. Tahun ni jer dia buka utk semua sekolah di negeri Johor. ermmmhhh tu yg aku x lepaskan peluang....  kerah tenaga budak mse cuti sekolah bulan 3 tu.... Tula... rezeki Allah beri... bebudak ni terpilih...
Gelap jer kan gambar...  lampu malap beb...  yelaaa.... galeri.....
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang sungguh menarik bunyinya.... betul2 bermaksud apabila dihayati setiap butir perkataan yg dilafazkan oleh ustaz tu.... kali pertama aku terpikat n teringin + berazam utk memiliki doa indah tu.... 
Taraaaa.... aku berjaya memilikinya.... wahai pembaca n pencinta seni visual... cubala hayati.... kalu x boleh nak baca, cuba besarkan imej.... kalu x nnt aku taip semula dlm entri akan datang....
 
Inilah insan yg mencipta doa indah ini....UstazTuan Haji Abu Bakar Bin Selamat (haha sempat berkenalan hahaha kata beliau, kalu nak dengar ceramah atau suara dia, bukakla radio Best104)  beliau dari Yayasan Warisan Johor yg rupanya penceramah agama...
Seterusnya ucapan oleh pengetua Page One Academy, Pn. Oh Moo Tan..Majlis dirasmikan oleh wakil Pengarah JPNJ... (xsempat nak catat nama dia..)
Ruang dalam Galeri...nampak sekatan2 ruang...n karya2 tetap yg dipamerkan di aras ni... (Galeri ni dahulu merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor...yg dibina pd tahun 1910)

Hahaha... dpt buku + sijil utk semua peserta sekolah masing2
terjumpa Pn. Hjh Seti Sumarmi dr SMK Seri Sembrong, Kluang
Dan Muhamad Izzuddin Jailani, penerima Anugerah Emas dr SMK Bandar T6, Kluang....
juga.... Muhammad Nurhakim Suhaimi..... (Daerah Kluang hanya 3 sekolah yg mendapat anugerah...SMKBT6, Seri Sembrong n Chong Hwa High School.
Tula karya dorg.... bila dah dibingkaikan standard galeri.... lagi terserlahlah keunikannya....
Aitttt... NurDina pun ada.... yelaaaa dia pun dapat anugerah jugak... Ada 5 pelajar yg dapat anugerah sijil - Muhamad Dinie, Shahrul Hamzi, Ameyda, Dina dan Oya CT Nazuraliza.... Ada 3 orang dpt anugerah kepujian - Nur Syasya, Syahmi Zulaikha dan Abdul Raziq Jalal....adik si dina...
Pn. Nobiha...GKMP kemanusiaan.... join gantikan pengetua... belakang tu karya bertitle "Memang Tidak Sengaja"
Wakil JPNJ n vip yg lain dibawa menghayati karya2 terpilih yg dipamerkan.... semua pelajar yg dapat anugerah perlu menerangkan maksud tersirat n teknik yg digunakan utk menghasilkan karya masing2.
tu izzuddin tgh menerangkan specialnya karya bertajuk 'Tidak Sengaja" tergelak besar org2 besar tu...
Bila sampai karya Akim...dorg lagi tergelak besar... Memang Tidak Sengaja.... karya ni terrhasil drp pewarna remazol...dye utk batik lukis...
eh... yg ni karya atas nama Syahmi Zulaikha Azman ni....
Pastu...ermmmm apa lagi... jamuan makan laaa..... makan2 sambil mendengar alunan muzik ghazal oleh yayasan Warisan Johor
Makanan suma sedap2 pulak tu....
Group Ghazal YWJ...
Penerima anugerah Emas di depan perkarangan Galeri Seni Johor
Akim... Izudin.... mylin.... Pn. Oh, Pn Nobiha n Erina Page One Academy...hai erin!!
Nak gerak balik..... Dina kat tgh2 tu...
OTW balik dpt corak x sengaja mse kat highway... ntah percikan minyak... atau tar jalan aku x pasti...
Tapi cantik...mcm corak guna airbrush pulak kannn... jgn x caya...kerana jd perhatian la aku rakamkan peristiwa ni.... ada yg amek gambar lagi tau....
sampai umah.... membelek2 hasil yg diperolehi.... piala ni.....
Buku dokumentasi Simfoni Warna yg ada sijil kat dalamnya....
juga..... ada gambar2 karya2 bebudak ni.. n semua peserta dr 40 buah sekolah negeri Johor... (tu ada lencana SMKBT6....hehehe...bunyi berlagak..)
Patutlah buku ni tebal... kertas pun berkualiti.... sesape yg nak membelek buku ni... nnt boleh tengok kat Galeri Seni SMKBT6 atau Pusat Sumber SMKBT6 ....
Kesimpulannya.... kalu ada apa2 pertandingan tu masuk jer... menang kalah tu belakang kira... Manala tau ada rezeki.... kalu dapat Alhamdullilah...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.