Hadiah untuk Emak

Hari ini membuka satu lembaran sejarah dalam hidup aku. Buat kali pertama aku berjaya membuatkan air mata emak mengalir laju dari pelupuk matanya pada hari bermakna ini. Sejak awal pagi lagi emak telah menelefon aku dengan satu ucapan seperti biasa pada setiap kali tanggal 2 April.... dan beliau akan meminta aku balik untuk menikmati 'masakan' special khusus untuk peristiwa bersejarah itu. Kemudian emak akan menghulurkan hadiah.... kalau emak tak berkesempatan, biasanya emak akan menghulurkan not 50 sebagai hadiah....
"ni duit untuk hadiah hari jadi ngkau, beli la sendiri apa2 yang ngkau suka"

Tapi hari ini agak berbeza. Aku memang tergesa-gesa nak  balik. Kebetulan hari ini, best friend dari Klate datang berurusan tentang kayu untuk projek seni dan sebelah petang pula ada jemputan kahwin anak orang atas. Jadi aku memang agak kelam kabut. Memandu pun dah jadi macam lipas kudung. Namun aku sempat jugak capai sesuatu untuk emak selain laksa johor yang sama aku hidangkan untuk kawan dari klate tadi.

Sampai rumah memang tepat-tepat azan zohor berkumandang. Emak ada dalam bilik air. Jadi aku ambil peluang untuk membelek mesej dari whatsapp dan telegram. Banyak jugak yang 'wish' dan sempatlah jugak aku membalas sepatah dua kata bermakna. Mujur dalam fb aku 'private' tarikh lahir. (ecehhh!! kalu x private pun bukan orang sudi pun nak wish) dan aku selesa begini. Sejak aku ada akaun fb pada tahun 2009 memang tarikh ini adalah rahsia. (elehh nak rahsiakan umur la tu... serius tidak!.. tp aku tak suka)

Sambil membelek smartfon, aku sempat menjengah kalau-kalau emak dah keluar dari bilik air. Ya tepat sekali. Emak tengah membelek beg yang aku bawa... Beg plastik yang berisi laksa Johor dan beg kertas berisi sepasang kain ela batik yang aku beli di Terengganu. Berlari-lari anak aku masuk dan dapatkan emak.

"Emak, baju batik ni untuk mak. terima kasih mak sebab lahirkan saya.."

Jawapan automatik yang aku dapat ialah air mata emak yang berjurai-jurai. Tak lama kemudian ucapan 'terima kasih' lahir dengan suara tersekat-sekat. Tersentak aku dan rasa sebak tu sesegera mungkin telah meresap sama dalam jiwa aku. Dan rasa sebak ini menyebabkan kami sama-sama berlinangan air mata. Aku dakap mak dan sempat kucup sisi dahinya. Tak mampu berkata-kata .

Logiknya, inilah kali pertama aku ucapkan terima kasih sebab beliau telah melahirkan aku. Aku memang anak yang kurang ajar. Setelah setua ini, baru aku belajar untuk berterima kasih kepada insan bergelar ibu yang bersusah payah mengandungkan dan membesarkan aku. Aku memang patut berterima kasih dengan media masa kini yang berperanan menyebarkan syiar islam dan banyak tokoh-tokoh agama dan motivasi membetulkan pendapat biasa yang paradoks. Apabila tiba hari lahir, emak akan meraikan tarikh tersebut dan memberi hadiah. Sudah tiba masanya  setiap anak patut mengucapkan atau memberi hadiah kepada ibu bapa pada hari lahir mereka... Tanpa mereka, siapalah kita. Tanpa emak, siapalah aku....

Sesungguhnya, ucapan sesiapa pun tidak dapat menandingi ingatan emak terhadap aku. Biarlah tiada ucapan daripada sesiapa... yang penting ucapan emak tetap ada... kerana kasih sayang emak adalah tulen, asli dan berpanjangan. dunia dan akhirat.

Aku sayang emak....





 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.