Leonardo Da Vinci THE GENIUS (1452 - 1519)

Potret diri Leonardo Da Vinci (atas: ketika muda. bawah: berusia)
Awal tahun yang sangat sibuk ini, tidak dapat mematahkan semangatku dan tak sanggup aku melepaskan peluang yang cuma datang sekali ini berlalu begitu sahaja...Aku tahu...belum tentu ada peluang kedua untuk aku menyaksikan sendiri pameran penuh inspirasi hasil kebijaksanaan seorang genius terhebat yang pernah dikenali dunia.

Akhirnya, pada saat-saat akhir pameran diadakan(berakhir pada 17 Januari 2010) iaitu pada 16 januari, aku dan kawan-kawan yang sekepala dapat juga ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara untuk menghayati dengan mata kepala sendiri kehebatan beliau. Sungguh mengujakan,... menakjubkan dan macam-macam rasa ada dalam kepala aku....(Bagi sesetengah orang.. mungkin buang masa jer pegi pameran sebegini....tapi bagi aku pulak....adalah sangat "bodo" kalau aku x pegi tengok pameran tu.... aku yg bodo tau...bukan korang....hahaha).

Tapi sayang.... kami tidak dibenarkan mengambil gambar di bilik pameran walaupun ada membawa surat memohon keizinan daripada boss untuk pihak penganjur....(huahuahua...sedih amat...penat aku mengusung Nikon D5000...si Akbar pulak mengusung Sony A200. Hurmmmm.... kami cuma dapat amik gambar kat luar bilik pameran jer... Nasib baik PA dia bg buku 'Pek Pendidikan" yang banyak informasi tu..)
Ruang legar di luar bilik pameran. Terdapat poster gantung yang mempamerkan karya Da Vinci, dari kiri: Pakaian menyelam, kereta kebal, potret diri dan karya agungnya, La Joconde atau Mona Lisa.
Sebanyak 188 bahan pameran termasuk 65 bahan pameran bersaiz sebenar dan mesin ciptaan interaktif yang dibawa khas dari Itali yang diiktiraf dunia hasil Leonardo Da Vinci (1452 - 1519) seorang perekacipta, pelukis, ahli sains, pakar anatomi, jurutera dan arkitek yang sangat gemilang pada abad ke-14.
Mona Lisa dan 25 rahsianya....ketahui dalam entri akan datang.
Bagi kawan-kawan yang ada minat tapi tak berkesempatan pergi ke pameran itu, aku akan ceritakan serba sedikit apa yang tersembunyi atau rahsia di sebalik karya-karya beliau pada entri akan datang. Intihanya, pameran ini memang sangat bermaklumat dan jadi sumber inspirasi.Peserta mini lawatan....dari kiri Asheeq, Asrul, Darwisy, Akbar, Mylin.Beli cendera hati kat luar bilik pameran.....aku berabis sampai RM75...
Ni sumer gambar telatah diorang yg sempat aku rakam guna Nikon D5000....kecuali gambar Asrul n Darwisy kat atas ni....guna Sony A200... Hepi la tgok gambar ni...Membeli cenderahati banyak sangat....sampai x sempat simpan bil...resit...Asheeq termelekat kat dinding Pusat Sains...kesan perspektif...
Ilusi.....berangan masuk dalam akuarium / kolam ikan....dikelilingi ikan kap Jepun....
***Untuk Nolee....sori, x bgtau ngko aku ada turun KL....lain kali aku turun lg...sama gak ngan As n Erin...sori

Zairul Akmal Ann Maulana

Hai Zairul......sorry lambat...
Suka atau x suka????.....tunggu tau.. nanti saya cetak.....

Ann......Sorry....terseksi....Ngko punya body aku sorok tau.....(Dah tau kan....body sape yang aku guna...Kem Salam Ngan Mr. Azman....Cakap sorry kat dia...)
Assalamualaikum En. Maulana.....hasil kerja ni tak berapa kemas sebenarnya...tangkai cermin mata sepatutnya saya panjangkan.....Sorry ea.....
Gambar asal tuan punya body untuk gamba Ann...Aiswarya Rai......
Ann Ainal Ibrahim.....Hai......Ni tuan punya body utk gambar Maulana....Tak tau sape...(hensem gak ...tapi bukan pemimpin Taliban tau...muat turun imej dr. IT)
Ni.....En. Maulana....
Ok kawan2...moga berpuas hati......

Siapa Juara AJL 24????????

Hari Ahad ni Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) kat TV3.....Tengok jangan x tengok......Ikut ramalan korang la...sape yang menang.........atau jadi juara.......?????
..............aku ada layari laman web gua.com.....kata dia..........
Dalam tinjauan tidak rasmi yang GUA lakukan, ramai peminat yang menjangka Bunkface atau Yuna akan menang. Menurut mereka, sekarang ini muzik ‘indie’ yang sedang mendominasi. Bagaimanapun, ada juga yang percaya Misha Omar yang akan menempa kejayaan. Alasannya, Misha satu-satunya orang lama dan pengalaman yang dimilikinya pasti membantu dia tampil menyerlah.

Biar siapa pun pilihan mereka, pasti anda sendiri sudah ada pilihan hati. GUA yakin artis yang diharapkan menang mestilah penyanyi kegemaran anda. Macamana pula dengan pilihan golongan artis? Mesti anda ingin tahu bukan? Jom! Kita tengok hasil tinjauan GUA.

Mila Jirin
Saya rasa mungkin Hujan yang akan menang. Sekarang ini muzik ‘indie’ memang menjadi ikutan dan popular. Kalau Hujan tidak memang, mungkin akan berpihak kepada Alyah. Lagu “Tak Mungkin Kerna Sayang” itu bagi saya cukup kuat untuk bersaing. Secara peribadi, hati Mila kuat mengatakan artis ‘indie’ yang akan bergelar juara. Tetapi untuk kategori persembahan terbaik, rasanya Stacy yang akan menang.

Imran Ajmain
Susah juga hendak buat pilihan sebab format pertandingan telah berubah. Kalau ikut tradisi, selalunya lagu-lagu berentak balada yang mempunyai peluang cerah. Tapi sejak kebelakangan ini lagu-lagu kumpulan ‘indie’ yang lebih menyerlah. Apa pun saya menjangkakan Alyah yang akan menang. Lagu Alyah rasanya lebih dekat dengan jiwa penggemar muzik Malaysia.

Atilia
Tahun ini ramai juga yang menjadi kegemaran saya. Antaranya, Yuna, Aizat, Hujan dan Misha Omar. Saya tidak kisah kalau salah seorang daripada mereka ini menang. Tetapi saya akan lebih gembira kalau Aizat yang menang menerusi lagu “Pergi”. Bagi saya lagu itu mempunyai susunan melodi dan lirik yang sangat baik. Misha Omar juga ada peluang, cuma tahun ini ‘trend’ lebih kepada ‘indie’.

Farawahida
Yuna yang akan menang. Pertama kali mendengar lagu ini, saya telah sukakannya. Lagu “Dan Sebenarnya” cukup unik dan liriknya juga bagus. Saya rasa Yuna berhak menang. Selain Yuna, Aizat juga menjadi pilihan saya menerusi lagu “Pergi”. Entahlah, hati saya kuat mengatakan penyanyi solo yang akan jadi juara.

Maya Karin
Alamak! Susah juga hendak buat pilihan ni. Maklumlah yang bertanding semuanya bagus-bagus. Kalau boleh saya mahu Misha Omar yang menang sebab lagu “Cinta Adam Dan Hawa” itu adalah lagu kegemaran saya. Mungkin ramai yang jangka kumpulan ‘indie’ yang akan menang, tetapi saya rasa tahun ini giliran penyanyi solo pula.

Liyana Jasmay
Jawapan saya ini mungkin ramai yang sudah jangka. Saya menyokong Aizat untuk juara lagu kali ini. Saya mahu dia menang menerusi lagu “Kau Aku” sebab itu adalah ciptaannya sendiri. Saya doakan Aizat akan beroleh kejayaan!

Fizo Omar
Tahun ini saya perhatikan banyak muka-muka baru yang bertanding dan semuanya ada kekuatan sendiri. Saya harap Yuna atau Aizat yang akan menang. Mereka ini berbakat besar kerana mampu mencipta lagu sendiri. Kalau mereka tak menang, mungkin Akim yang menang. Lagu Akim pun boleh tahan. Tengoklah macamana keputusannya nanti.

Cat Farish

Saya ada pandangan sendiri tentang juara lagu ini sebab semua yang bertanding ada kekuatan yang tersendiri. Kiranya saingan memang sengit. Kehadiran kumpulan indie dan bekas-bekas pelajar AF mencetuskan situasi baru. Ini satu perkembangan yang baik.

Kalau dilihat pada kekuatan vokal, saya rasa Black mempunyai kelebihan sebab vokal dia memang mantap. Kalau dari segi populariti pula, saya pilih Alyah sebab lagu ini memang popular dan sedap didengar. Lagu ‘Aku Skandal’ pula mempunyai lirik yang jujur dan kumpulan ini juga mencetuskan fenomena kepada industri muzik tanahair. Mungkin Hujan boleh menang.

Paling penting, saya mahu Bunkface yang menang. Saya sangat suka dengan ‘Green Day’ Malaysia ini. Mereka penuh energetik dan ada gaya tersendiri! Lagu mereka pun boleh tahan bagusnya!

Mylin....pulak kata...gua pun artis jugak ape......
Juara.....adussssss...susahnye nak pilih......banyak sangat lagu yang jadi kegilaan aku....suma best n banyak keistimewaan yg tersendiri...
Tapi yg jadi juara....ikut pilihan aku ler.....Yuna....Aizat (Kau Aku).....Bunkface...Hafiz....Hujan pun ble gak.....Stacy pun ok gak......Tomok pun ble terima jugak....Ntahler....rambang kepala aku nak pilih....tapi kalau Misha yg dapat...aku guling2.....sbb aku x brape suka lagu tu....mendayu2 sgt...(Sory Misha)......kesian pulak ngan Faizal Tahir....pun ada peluang gak...Black....pun boleh tahan ...Persembahan terbaik.....pasti Stacy......kita tengok esok....10 Januari, 9.00mlm di TV3...

Selamat Datang 2010....

Moga tahun ini lebih bermakna dan membawa kebahagiaan kepada kita semua....Aminnnnn.....
....dan Selamat Tinggal 2009......
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.