Siapa Juara AJL 24????????

Hari Ahad ni Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) kat TV3.....Tengok jangan x tengok......Ikut ramalan korang la...sape yang menang.........atau jadi juara.......?????
..............aku ada layari laman web gua.com.....kata dia..........
Dalam tinjauan tidak rasmi yang GUA lakukan, ramai peminat yang menjangka Bunkface atau Yuna akan menang. Menurut mereka, sekarang ini muzik ‘indie’ yang sedang mendominasi. Bagaimanapun, ada juga yang percaya Misha Omar yang akan menempa kejayaan. Alasannya, Misha satu-satunya orang lama dan pengalaman yang dimilikinya pasti membantu dia tampil menyerlah.

Biar siapa pun pilihan mereka, pasti anda sendiri sudah ada pilihan hati. GUA yakin artis yang diharapkan menang mestilah penyanyi kegemaran anda. Macamana pula dengan pilihan golongan artis? Mesti anda ingin tahu bukan? Jom! Kita tengok hasil tinjauan GUA.

Mila Jirin
Saya rasa mungkin Hujan yang akan menang. Sekarang ini muzik ‘indie’ memang menjadi ikutan dan popular. Kalau Hujan tidak memang, mungkin akan berpihak kepada Alyah. Lagu “Tak Mungkin Kerna Sayang” itu bagi saya cukup kuat untuk bersaing. Secara peribadi, hati Mila kuat mengatakan artis ‘indie’ yang akan bergelar juara. Tetapi untuk kategori persembahan terbaik, rasanya Stacy yang akan menang.

Imran Ajmain
Susah juga hendak buat pilihan sebab format pertandingan telah berubah. Kalau ikut tradisi, selalunya lagu-lagu berentak balada yang mempunyai peluang cerah. Tapi sejak kebelakangan ini lagu-lagu kumpulan ‘indie’ yang lebih menyerlah. Apa pun saya menjangkakan Alyah yang akan menang. Lagu Alyah rasanya lebih dekat dengan jiwa penggemar muzik Malaysia.

Atilia
Tahun ini ramai juga yang menjadi kegemaran saya. Antaranya, Yuna, Aizat, Hujan dan Misha Omar. Saya tidak kisah kalau salah seorang daripada mereka ini menang. Tetapi saya akan lebih gembira kalau Aizat yang menang menerusi lagu “Pergi”. Bagi saya lagu itu mempunyai susunan melodi dan lirik yang sangat baik. Misha Omar juga ada peluang, cuma tahun ini ‘trend’ lebih kepada ‘indie’.

Farawahida
Yuna yang akan menang. Pertama kali mendengar lagu ini, saya telah sukakannya. Lagu “Dan Sebenarnya” cukup unik dan liriknya juga bagus. Saya rasa Yuna berhak menang. Selain Yuna, Aizat juga menjadi pilihan saya menerusi lagu “Pergi”. Entahlah, hati saya kuat mengatakan penyanyi solo yang akan jadi juara.

Maya Karin
Alamak! Susah juga hendak buat pilihan ni. Maklumlah yang bertanding semuanya bagus-bagus. Kalau boleh saya mahu Misha Omar yang menang sebab lagu “Cinta Adam Dan Hawa” itu adalah lagu kegemaran saya. Mungkin ramai yang jangka kumpulan ‘indie’ yang akan menang, tetapi saya rasa tahun ini giliran penyanyi solo pula.

Liyana Jasmay
Jawapan saya ini mungkin ramai yang sudah jangka. Saya menyokong Aizat untuk juara lagu kali ini. Saya mahu dia menang menerusi lagu “Kau Aku” sebab itu adalah ciptaannya sendiri. Saya doakan Aizat akan beroleh kejayaan!

Fizo Omar
Tahun ini saya perhatikan banyak muka-muka baru yang bertanding dan semuanya ada kekuatan sendiri. Saya harap Yuna atau Aizat yang akan menang. Mereka ini berbakat besar kerana mampu mencipta lagu sendiri. Kalau mereka tak menang, mungkin Akim yang menang. Lagu Akim pun boleh tahan. Tengoklah macamana keputusannya nanti.

Cat Farish

Saya ada pandangan sendiri tentang juara lagu ini sebab semua yang bertanding ada kekuatan yang tersendiri. Kiranya saingan memang sengit. Kehadiran kumpulan indie dan bekas-bekas pelajar AF mencetuskan situasi baru. Ini satu perkembangan yang baik.

Kalau dilihat pada kekuatan vokal, saya rasa Black mempunyai kelebihan sebab vokal dia memang mantap. Kalau dari segi populariti pula, saya pilih Alyah sebab lagu ini memang popular dan sedap didengar. Lagu ‘Aku Skandal’ pula mempunyai lirik yang jujur dan kumpulan ini juga mencetuskan fenomena kepada industri muzik tanahair. Mungkin Hujan boleh menang.

Paling penting, saya mahu Bunkface yang menang. Saya sangat suka dengan ‘Green Day’ Malaysia ini. Mereka penuh energetik dan ada gaya tersendiri! Lagu mereka pun boleh tahan bagusnya!

Mylin....pulak kata...gua pun artis jugak ape......
Juara.....adussssss...susahnye nak pilih......banyak sangat lagu yang jadi kegilaan aku....suma best n banyak keistimewaan yg tersendiri...
Tapi yg jadi juara....ikut pilihan aku ler.....Yuna....Aizat (Kau Aku).....Bunkface...Hafiz....Hujan pun ble gak.....Stacy pun ok gak......Tomok pun ble terima jugak....Ntahler....rambang kepala aku nak pilih....tapi kalau Misha yg dapat...aku guling2.....sbb aku x brape suka lagu tu....mendayu2 sgt...(Sory Misha)......kesian pulak ngan Faizal Tahir....pun ada peluang gak...Black....pun boleh tahan ...Persembahan terbaik.....pasti Stacy......kita tengok esok....10 Januari, 9.00mlm di TV3...

4 arts:

nas aka nieza said...

i rase mcm lagu i je menang....hmmm,suara n vokal i pun boleh tahan apa.....lagu i lagi la....stp hari diputarkan d radio...meletup u...

mylin said...

Lagu yg mane ek???? msti lagu kat stesen radio kat Timor-Leste...x pun lagu nasyid yg Akil Hay nyanyi kat radio IKIM...

nas aka nieza said...

dua2 salah.....u pernah dgar lagu wali band x?best kan?i le yg compose lgu2 tu....believe me

Anonymous said...

Camano..lagu poie pulak yg monang..tercongang eko..yolah..sumo oklah tu..tapi awek den farawahida..elyana..ezlyn..mylin..semuo xmsuk ajl 24 ni..kalo masuk pasti den dtg..tp kalo waliband yg masuk..sure kwn eko tu poie tgok diRCTI yo..apo dio ingat ni juaro lagu indon apo...

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.