Sejuta perasaan kusembunyikan
Nun jauh di penjuru paling dalam
Asing tak terselongkar
Di situ bertimbun
Segala bentuk luka menanah dari setiap liang kalbu
Membusung menyesak rongga nafas
Menggoyah langkah melonglai denyut nadi
Luluh bercelaru tak tertanggung
Merembes menitis
Menakung titis tangis
Dalam sumur jumud
Kelam dan suram
biarkan
Selubungkan sengsara itu
Biar tiris sendiri
Kering kerana kemarau
Biarkan
Ada bahang api langsung jadi bara
Marak tak terpadam
biarkanlahh
Tak guna merayu
Tak guna ditentang
Kerana menang jadi arang
Kalah jadi abu…
Aku…. 27 september 2013 4.00 pagi yg
duka…
dah lama betul aku x menulis puisi... ni antara yg terakhir... lepastu terus hilang kata2..
0 arts:
Post a Comment