2 kerat punya pantun....

Hurmmmm harini belajar mengarang pantun 2 kerat....
smua seronok nk cipta pantun sesudah ditayangkan slot superspontan dr Astro kat Youtube.... smua dah tergelak2....n teruja nk lafazkan pantun masing2.
Rasa seronok pulak tengok dorg bersungguh mengarang.. disuruh cipta 2 rangkap jer setiap kumpulan.. tp masing2 buat lebih dari 2.
syarat pantun ciptaan dorg....
1. msti 2 kerat,
2. jangan guna pembayang pantun tradisional yang sedia ada tetapi cipta sendiri berdasarkan imej alam yang ada di sekeliling atau apa2 sahaja yang sesuai
3. bentuk masih terikat dengan pantun tradisional
4. tak boleh gunakan bahasa pasar... kecuali sinkof

hahhhhh ni hasilnya.....antara yang terbaik
3 Takwa punya...

Gunung Ledang ada puterinya
Hendak senang mana usahanya

Ikan pari ikan parang
Jangan berkelahi nanti berperang

Bunga istana cantik sekali
kalau berkata jagalah hati

Putih berseri si anak Melayu
Senyuman di bibir usahlah layu

Pokok kelapa dipanjat Mat Jenin
Tuntutlah ilmu masa depan terjamin

Sireh berlipat sireh pinang
Kalau sudah minat datanglah meminang

Harimau dikejar oleh pemburu
Hendak belajar mestilah berguru

3 Tulus punya pulak...

Angin lembut di petang hari
Jangan kedekut nanti rugi

Letak Buku di atas meja
Orang menipu selalu dicerca

Orang tua suka menggatal
orang mengantuk disorongkan bantal

Pokok tumbang riuh sekampung
Harga barang dah melambung

Ada pintu ada tingkap
Banyak menipu buruklah sikap

Namanya ketua kelas
Dalam kelas nombor last

Buah labu dibuat pengat
Harini cikgu cantik sangat

Makan nasi berulam pegaga
Penat menghias tak menang juga

Penolong tiada kelas huru hara
Ketua tiada kelas bergembira

Hidupkan api gunakan arang
Kamu jangan susahkan orang

Pergi sekolah berseluar sempit
malam-malam jangan nak merempit

riuh rendah kelas bila dorg melafazkan pantun dengan lenggok, jeda dan intonasi yang betul....
*******
tetiba budak nak tambah....

Ikan gelama ikan kekek
Biarlah membodek daripada mengejek

Patin Pais ikan selayang
senyuman manis untukmu sayang

mendayung sampan ke lubuk terua
wajah tampanmu takkan ku lupa

usai ujian terasa tenang
gelak tawamu asyikku kenang..










0 arts:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.