Pameran ArtGeng Lagi.... Bastion House, Melaka

17 Ogos yg lalu, (bersamaan 10 Syawal) ktorg ziarah negeri Melaka Bersejarah semata-mata nak tengok mcmana rupa karya kami dipamerkan... cukup ke tidak.... elok duduknya ke tidak... hahahah.. Sekali lagi ktorg join aktiviti Artgeng dalam pameran lukisan bersaiz kecil... 6x6 inci, 6x12 inci dan 12 x 12 inci....
ni pintu masuk ke Basstion House tu...
Pameran kali ni diadakan di Bastion House, Jln Kota, Melaka... bersebelahan jer dgn bangunan kesan tinggalan sejarah kedatangan Portugis - A Farmosa(kanan). Sebelah kiri Muzium Melaka...depannya, Dataran Pahlawan... sebenarnya pameran dah bermula sejak 9 Ogos dan berakhir pada 29 September 2013...
Memang sgt teruja utk masuk ke dalam.... tengokla penyambut tetamu yg mengujakan ni.....
Masuk pintu n toleh kanan jer dah nampak karya ktorg.... Kalu nak tau.... hanya 10 karya ni jela yg bersaiz 6 x 12 inci... yg lain 6x6 n 12x12.  "Pisang Untukku" dan "Pisang Untukmu" tu karya Akbar.....
Yang sederet 5 keping wajah tu, aku punya laaaa.... "Apabila Dia Tertawa...." 
2 karya karakter dr filem animasi Planes n Turbo tu Mahadhir punya....
Tengok... memang ada banyak karya dipemerkan, difahamkan oleh En. Mohd Zuwairi, ada kira2 hampir 2000 karya daripada seramai 420 peserta. Antara pelukis profesional yg ambil bahagian ialah Ghani Ahmad dan Pengarca Rosli Zakaria... Hurmmm yg kat atas kanan, 5 keping kanvas bersaiz 12x12 tu, "Hanya PadaMu"... oleh aku...
Ni antara karya yg berjaya mencuri perhatianku.... sekeping RM30 jer...  cetak atas permukaan kayu... karya Shahida Mohamad. Tp syg, aku x berjaya jumpa tuan punya karya ni.... 
Mat Saleh n pelancong mmg byk masuk ke sini n sangat2 dialu2kan...
tengok siapa yg datang haritu.... Pengarah filem tersohor tanahair... U-Wei Hj Shaari... Director filem Perempuan, isteri dan ..., Jogho, Buai laju-laju..... dll bersama Puan Morne pengarah Mara ArtGallery... Yg t.shirt hitam tu, pengarca Rosli zakaria... pensyarah UiTM..
Ambil peluang bergambar.... dr kiri Kak Ct, zuwairi, Rosli Zakaria, Akbar, Pn. Morne, Tuan U-Wei n me....
 "Apabila Dia Tertawa... ermmmm bunyinya sangat puitis". kata Pn Morne.
                                        Menghayati isi hati karya "Apabila Dia Tertawa..."
Menghayati karya atas permukaan kaca..teknik n media yg agak berbeza..... antaranya berjudul "Ratap Tubuh" oleh Akbar.
Hehehehe... ambil peluang bergambar....
Kalu x bila lagi?.... Bukan senang nak jumpa... ngeeeeeeeeeeeeeeehh
Kami datang bertiga jer hari tu...
Aku berjaya memiliki Tun M ni.... 2keping ni dulu.... cash and carry.... Kanan tu Zuwairi.. org kuat PERZIM n pameran ni... Tanpa dia, pameran ni x jadi. 
Ni karya2 lain.... 6x6 inci
hahaha... perasan x? baris yg paling atas tu, aku punya... teknik batik atas watercolour paper. 15 sederet tu pernah dipamerkan kat MATIC bulan Januari lalu..
lagi....
dan Lagi.....
dan lagi.... mmg banyak. Ada bermacam2 penggunaan media ... ada yg cat air, akrilik, cat minyak... charcoal.. pensel warna.dll. Ada yg guna teknik impasto.. glazing...  chiaroscuro... dll. Hebatnya pameran ini, kerana telah menghimpunkan bermacam2 idea yang tiada persamaan antara satu sama lain.... ilham, pengalaman n rasa yg lahir dari dalam diri pelukis yang diceritakan dipermukaan kanvas. Betapa luasnya ruang lingkup pemikiran sehingga tiada batasan.... Pastu, dorg menghasilkan karya dlm pelbagai aliran catan... Realisme... impressionisme...ekspressionisme.... kiubisme... surealisme... seni op... pop...dll...
Sebelum balik..... tengok karya ukiran sabun yg halus oleh en Jalil... petugas muzium ini
Halus...
coret2 pd buku pelawat....
haha ntah apa2...
Posing sebelum balik....  Hampir 4 jam kami kat dalam ni..... membelek satu persatu idea, teknik, menghayati maksud yg tersurat n tersirat....disiplin n nilai kesabaran dalam berkarya...
Lapauuuu giler.... mamam kat Restoran Upin Ipin...depan Dataran Pahlawan... baris Mahkota Parade...Ktorg nak dtg lagi...mse perasmian pameran nnt... nk bawak Mahadhir sekali... biar dia tengok karya dia yg dipamerkan jugak tu....
Tahniah khas utk pengasas ArtGeng cikgu Norazlan Ahmad n Encik Mohd Zuwairi Abd Rahman atas tenaga n usaha menjayakan pameran ni.... n terima kasih sbb bg kami peluang join pameran ni....
Hidup ArtGeng... Seni Untuk Semua...

5 arts:

ellynadyra said...

impressive pameran ni....i jumpa blog u masa dok google pasal trip ke sabah......tq for all the info!

mylin said...

Owhhhh.... terima kasih juga sbb sudi singgah ke blog saya.... Ada masa nnt singgah la lagi....

Anonymous said...

Be§sssssstttttt. From me fb:abaiey jr omar

Anonymous said...

Terima kasih atas penulisan tentang pameran artgeng ini...juga sokongan atas program ini...jemputlah sertai program kami lagi lepas ini.

mylin said...

Sama-sama..... ni zuwairi ke? Kalu bagitau awal2 ttg prog tu, msti kami datang punya.....

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.