Buzy People...semua orang sibuk..

Sesungguhnya masa itu memang umpama emas. Manusia sibuk mengejar masa. Masing-masing tak mahu bertangguh kerana bertangguh itu pencuri masa. Sesaat mereka bertangguh bererti banyak 'rezeki' akan melayang. Dek sibuk mengejar masa dan sibuk dengan kerja yang menimbun, macam-macam masalah lain timbul. Antaranya masalah kesihatan, rumah tangga dan keluarga juga masalah tak sempat cari jodoh.
   
Dahi jadi berkerut, kening nampak jatuh dan muka jadi 'ketat'. Ayat-ayat berbau keluhan, berbentuk luahan rasa dan rungutan memang biasa sangat didengar..
   "Sibuk la...tak sempat balik"
   "Dah pukul 5 petang!! Makan pun tak lagi ni!"
   "Kenape keje tak siap-siap ni?"
   "Ya Allah banyaknya kerja..."
   "Aduh stress!!"
   "Buzy giler beb!!! Nak kencing pun tak sempat!!"
   "Minggu ni aku tidur tak cukup la. Hari-hari tidur pukul 3 pagi"
   "Tak lama lagi ada orang mati kene timpa kertas, fail, buku..."
   "Hah! raya dah habis???? Aku tak sempat lagi pegi umah kakak ngan abang aku".

Jangan kata orang yang kerja di pejabat saja yang sibuk, sebab petani, pekebun dan suri rumah pun turut mengadu sibuk juga. Guru, budak sekolah dan tukang kebun serupa juga. Pendek kata semua orang sibuk.

Ayat bondaku...yang berseorangan di rumah pada siang hari. Nasib baik malam ada adik bongsuku.
"Pokok-pokok bunga emak dah mula layu tu. 3 hari tak siram. Lantai rumah atas dah seminggu tak sapu. Sibuk sangat. Semalam pegi klinik, harini rewang rumah Cik Senah besok ada perjumpaan persatuan wanita"

Ayat nenekku di kampung yang masih sihat walaupun telah berusia 80-an.
"Isuk2 suboh mareng suro. Lepas kue noreh... balik noreh yo masak sitik2....Ngko sore mareng kebon. Nandor-nandor pokok lombok, ubi. Maghrib sampe Isyak mareng suro meneh... Kadang2 ono kenduri Yassinan. Kue rung rewang2 kok ono kenduri kawen.. Yo wes kebeq masa neh.,"

Belum lagi dengar ayat jiranku yang ada kemahiran menjahit dan ambil tempahan menjahit baju kurung. Pada masa yang sama seorang suri rumah dengan tiga orang anak dan menjaga dua orang anak saudaranya..

Rakan-rakan guru pula. emhhh... Kalau dah namanya cikgu, semua kerja dia boleh dan sudah pasti kena buat. Dialah kerani, tukang kebun, juruhias dalaman dan landskap, akauntan, polis, penyiasat, ahli sukan, tentera, tukang masak, fotografer, pemidato dan macam-macam lagi. Pendek kata guru adalah segala-galanya. Belum lagi kelas bimbingan tambahan, memberi latihan dan menanda buku, membuat soalan, menanda kertas jawapan, merekod markah, headcount, TOV dan ETR juga post-mortem UPSR, PMR, SPM dan STPM.. Ya, guru zaman sekarang memang sangat sibuk. Memang stress. Sebab itulah ramai guru mendapat tekanan jiwa.
Manusia yang bernama pelajar pun sibuk juga. Selain belajar seperti biasa, mereka perlu menghadiri tuisyen sama ada yang disediakan oleh pihak sekolah atau tuisyen luar. 'Homework' bukanlah sedikit. Kerja kursus, aktiviti kokurikulum dan bermacam-macam aktiviti menyebabkan pelajar pun boleh dikategorikan sebagai orang yang sibuk juga.

Nasib baik bayi tidak boleh berkata-kata. Kalau tidak mesti dia akan kata 'sibuk' juga. Bila masa nak bagi signal lapar,haus dan pampers yang basah. Bila masa nak menangis, ketawa dan melayan emak dan ayah.

Teringat ayat seorang kawan yang memang sibuk selalu.
   "Tak ada ke, makanan dalam bentuk kapsul atau tablet yang telan sekali boleh kenyang satu hari. Tak sempat nak makan. Sepatutnya saintis kena buat kajian makanan dan cipta makanan dalam bentuk tablet.., Jimat ruang, masa dan tenaga".
   "Nasib baik oksigen percuma kan! Kalau tidak, mesti banyak yang nyawa-nyawa ikan... atau banyak yang mati!!!" sampuk seorang lagi kawan.

Hakikatnya, manusia zaman ini memang sibuk. Apatah lagi apabila munculnya laman sosial seperti facebook dan twitter.

0 arts:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.