Profesor dari China dinobat tokoh bahasa Melayu


MELAKA 13 Okt. - Bahasa Melayu mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri sebagai bahasa kebangsaan dan antarabangsa jika ianya dimartabatkan sebaik mungkin, kata Profesor Wu Zongyu yang dinobat sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa.

Beliau yang merupakan Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) berkata, rakyat negara ini perlu mengagungkan budaya dan memartabatkan bahasa Melayu seiring dengan perkembangan ekonomi kerana pengaruh bahasa itu semakin terserlah dari sehari ke sehari.

"Jika bahasa Melayu boleh merapatkan dua negara seperti Indonesia dan Malaysia, ia juga berupaya menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini sekali gus dapat menjana perkembangan dan kestabilan ekonomi dan politik yang lebih baik. "Kita dapat lihat juga bahawa kepentingan bahasa Melayu ini semakin hari semakin terserlah di mana rantau yang menggunakan bahasa ini semakin maju dan pesat membangun dari segala segi,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah tersebut pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini hari ini.

Beliau menerima RM50,000, buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Watikah Penghargaan Negara. - Bernama

..........ermmmm aku teringat pasal sejarah bahasa Melayu yg suatu masa dahulu (abad ke-14 semasa zaman kesultanan Melayu Melaka) merupakan bahasa lingua franca...yg dituturkan bukan sahaja oleh penutur tempatan, tetapi juga oleh saudagar dan seniman yg melalui perairan Selat Melaka atau mengunjungi Melaka.....

...teringat jugak bahawa Pengajian Bahasa Melayu ada ditawarkan/dipelajari di universiti luar negara... contohnya di Universiti Leiden, Belanda....di Universiti Ohio, di Universiti Victoria, NZ...Universiti Hull dan London.....

Kalau bangsa lain pun berminat dan boleh menguasai BM dengan baik....kenapa kita tidak...Cintailah bahasa kebangsaan kita.....

0 arts:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.