

Akhirnya, pada saat-saat akhir pameran diadakan(berakhir pada 17 Januari 2010) iaitu pada 16 januari, aku dan kawan-kawan yang sekepala dapat juga ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara untuk menghayati dengan mata kepala sendiri kehebatan beliau. Sungguh mengujakan,... menakjubkan dan macam-macam rasa ada dalam kepala aku....(Bagi sesetengah orang.. mungkin buang masa jer pegi pameran sebegini....tapi bagi aku pulak....adalah sangat "bodo" kalau aku x pegi tengok pameran tu.... aku yg bodo tau...bukan korang....hahaha).
Tapi sayang.... kami tidak dibenarkan mengambil gambar di bilik pameran walaupun ada membawa surat memohon keizinan daripada boss untuk pihak penganjur....(huahuahua...sedih amat...penat aku mengusung Nikon D5000...si Akbar pulak mengusung Sony A200. Hurmmmm.... kami cuma dapat amik gambar kat luar bilik pameran jer... Nasib baik PA dia bg buku 'Pek Pendidikan" yang banyak informasi tu..)

Sebanyak 188 bahan pameran termasuk 65 bahan pameran bersaiz sebenar dan mesin ciptaan interaktif yang dibawa khas dari Itali yang diiktiraf dunia hasil Leonardo Da Vinci (1452 - 1519) seorang perekacipta, pelukis, ahli sains, pakar anatomi, jurutera dan arkitek yang sangat gemilang pada abad ke-14.

Bagi kawan-kawan yang ada minat tapi tak berkesempatan pergi ke pameran itu, aku akan ceritakan serba sedikit apa yang tersembunyi atau rahsia di sebalik karya-karya beliau pada entri akan datang. Intihanya, pameran ini memang sangat bermaklumat dan jadi sumber inspirasi.






***Untuk Nolee....sori, x bgtau ngko aku ada turun KL....lain kali aku turun lg...sama gak ngan As n Erin...sori