


Elemen-elemen seni ada di sini... Nikmati keindahan yang tiada infiniti...
Terbuka kepada semua Rakyat Malaysia. Jumlah penyertaan adalah tidak terhad. Walaubagaimanapun, setiap peserta hanya LAYAK memenangi SATU hadiah sahaja, sekiranya penyertaan mereka terpilih sebagai pemenang
Terbuka kepada semua pelajar IPTA & IPTS dalam Malaysia. Peserta mestilah merupakan rak yat Malaysia. Jumlah penyertaan adalah tidak terhad. Walaubagaimanapun, setiap peserta hanya LAYAK memenangi SATU hadiah sahaja, sekiranya penyertaan mereka terpilih sebagai pemenang
Peserta bagi kategori ini hendaklah berusia 24 tahun dan ke bawah bermula pada 1 Januari 2011
Terbuka kepada Pelancong Negara Luar atau rakyat asing yang bermastautin di Malaysia
Jumlah penyertaan adalah tidak terhad. Walaubagaimanapun, setiap peserta hanya LAYAK memenangi SATU hadiah sahaja, sekiranya penyertaan mereka terpilih sebagai pemenang
Peserta dikehendaki menghantar gambar dengan cara memuat naik / upload kepada server sekretariat beserta dengan online form yang boleh didapati daripada laman web rasmi MASIF 2011 www.masifestival.com.my . Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web rasmi.
Peserta boleh membuat salinan gambar dalam bentuk CD/DVD kemudian diposkan/ dihantar kepada sekretariat pertandingan berserta dengan borang yang telah diisikan maklumat peribadi. Borang boleh didapati dengan cara memuat turun daripada laman web rasmi MASIF 2011 www.masifestival.com.my , keratan daripada akhbar dan majalah yang menyiarkan maklumat pertandingan.
CD/DVD yang dihantar tidak akan dipulangkan kembali
Pemilihan pemarkahan pemenang akan dibuat oleh juri-juri profesional yang dipilih oleh pihak sekretariat. Aspek pemarkahan akan ditentukan oleh keaslian foto, penceritaan, tema dan nilai murni yang dipaparkan, selain daripada aspek teknikal fotografi.
Form
|
DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.