Keindahan Syawal 1430 H


Hari Keluarga dan Ramah Mesra Aidil Fitri - Hajah Taslimah Mokri

2 Syawal 1430 H bersamaan 21 Sept 2009 tertunai jugaklah hajat aku nak buat majlis hari keluarga dan Ramah Mesra Hari Raya kat rumah Nyaie kat Muar...sebenarnya program ni aku dah rancang dari raya tahun lepas....dan aku dah suarakan ngan nyaie...Nyaie n "My Bos-Tuan Penyelaras" pun sangat setuju....n nyaie sendiri nak sponsor jamuan....
Sebulan 2 bulan sblm program...kenalah aku buat perancangan teliti agar program berjalan lancar...Buat kad jemputan, pembahagian tugas n kutipan RMMMM...
Aku berasa terpanggil untuk buat majlis camni kerana beberapa sebab....antaranya..
1. Semua ahli keluarga dapat jumpa serentak....dapatlah aku jumpa diorang....diorang2 pun
dapat jumpa sesama diorang...borak2.....
2. pastu...Selalu bila balik raya x dapat jumpa suma orang... sorang dua je pakcik atau sepupu sepapat..apataknye...selalu balik lambat....dah raya ke-3 atau seminggu baru balik....
3. dah tentulah mengeratkan ukhwah sesama ahli keluarga....Kalau selama ni cakap
sepatah2...atau x cakap terus....dapatlah kita suma usik mengusik membawa bahagia
sbb....aku dan penyelaras dah sediakan beberapa program pengisian yg menyebabkan
diorang berinteraksi....n...ketawa.....
4. (Kalau bukan aku yang mulakan.....siapa lagi....aku cucu sulung daripada anak sulung yg
kena bela ngan nyaie...sampai Tkn 5)...

Doa selamat n marhaban.
Ni antara ahli keluarga nyaie...tu dari kiri...Bik Yam (menantu nyaie), Nyaie Embun (adik Nyaie), Wa punya mak (anak sulung nyaie)...amira (sepupu aku)....n nyaie.
Laa....hujanlah pulak....program baru nak mula....tuh Amirah main hujan...

Budak baju merah ni anak si Ipul...sepupu aku...sape nama dia ek...lupa la
Jadi.....acara buat ucapan n "kutip beleng" kena tangguh la dulu....buat pertandingan Mewarna dan melukis dulu utk sepupu sepapat n anak-anak sedara yg sekolah rendah n pra....(Menteri Pembangunan Masyarakat @ Pelancongan kalu tau aku buat program camni masa hari raya...sure dia tabik......X der orang buat pertandingan cam gini time raya2...)
Ni pulak si Mamat Nabil Danish...cucu mak aku...anak sedara akulah tu..
Yang ni....Man Taat....Pakcik yg dok kat Kuantan tu...tengah kutip beleng (kaca) kat keliling umah nyaie...
Ikha, Nurul n yg lain2 bertungkus lumus mengutip beleng....Sungguh murni usaha ini...hehehe

Kutip bukan sebarang kutip.....Keluarga yg dapat kutip paling banyak n berat akan menjadi pemenang....
Haaa...x percaya...kita timbang kaca ni....Pemenang pertandingan ni....no. 1 Keluarga Man Taat dr Kuantan....no 2. Keluarga mak aku dr Kluang....no.3....alamak x ingat ler...
Ni...Syahmi Zulaikha Azman...pemenang Pertandingan Melukis...kalau x menang mmg x patut...emak dia cikgu Seni....
Dari kiri....setiausaha program,..Nyaie selaku Penaung, ...Man Puk (Sukamat)- Pengerusi dan Penyelaras merangkap MC.
Ni pulak Ani....adik wa yg dok kat Kemamang tu...dapat hadiah cabutan bertuah....Hadiah2 suma ok...AJK hadiah si As dan Erin banyak beli kat IKEA....Thn depan jd AJK hadiah lagi boleh...?? Korang dok KL...senang cari hadiah best2....
Cenderahati kenang-kenangan daripada kami semua untuk Nyaie tahun ni....tahun depan kami kasi hadiah lagi besar....Ni hadiah As beli kat KL...RM200 beb....Jangan x caya...
Nilah keluarga besar nyaie...tak lah ramai sangat....sumanye ada 67 orang. Anak 7. Menantu 7. Cucu 34. Cucu menantu 8. cicit 11...Tahun depan kita berkumpul lagi....mesti ada penambahan....
Posing kat jambatan depan umah nyaie...Akim, Erin, PT, emak, CT, As.....Mahadhir, Mamat, Ikha dan Nurul...
Haaa....nilah si pengerusi dan penyelaras program. Gambar ni diambik semasa diorang tgh mengemas tempat awal2 pagi lagi. Tgh berbincang perjalanan majlis agaknya... Intihanya....program berjalan lancar....walaupun hujan turun.....cuma ada satu pertandingan yang tak dapat dijalankan sbb ada msl teknikal...Pertandingan Karaoke...tahun depan mesti dijalankan....Sepupu sepapat...anak-anak sedara...pakcik makcik suma suka...ketawa...usik usik...n kebanyakannya komen ini usaha yg bagus...n soh buat lagi tahun depan...Boleh buat kat hotel pulak.....InsyaAllah kita semua jumpa lagi di Aidil Fitri tahun depan....mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita n beri kesihatan yang baik....Amin.....

WAJAH-WAJAH DI HUJUNG LENSAKU III










F1 - 1Malaysia.....MALAYSIA BOLEH!

Aku suka...aku bangga..ni semua lanjutan kebijaksanaan Dr.M ..x sabar nak tengok 1Malaysia beraksi kat Sepang April tahun depan......Jadilah pelumba kita nanti pencabar Lewi Ham dan Jensen Butang yg sejak akhir2 asyik ni ke belakang jer....ntah kenapalah....agaknya..

Malaysia akan miliki pasukan F1 sendiri

Najib Tun Razak menerima replika kereta pasukan F1 1Malaysia daripada Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh (dua dari kiri) sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun (kanan) dan Pengarah pasukan F1 1 Malaysia, Zahri Ismail (kiri) di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 15 Sept. – Pasukan Formula Satu (F1)-1Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya akan beraksi dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penubuhan pasukan itu hari ini berkata, pasukan 1Malaysia telah mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk mengambil bahagian dalam semua kejohanan F1 di bawah persekutuan itu.

Menurut Perdana Menteri, pasukan 1Malaysia merupakan pasukan berwajah negara kerana kereta yang digunakan akan direka, dibuat dan diuji di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

‘‘Pelumbanya juga adalah rakyat Malaysia dan begitu juga dengan pasukan pitt stop. Pasukan ini merupakan hasil usahasama antara sektor awam dan swasta di mana ia menggabungkan Proton dan Lotus dengan disokong oleh SIC, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Kumpulan Naza serta AirAsia Berhad.

‘‘Pasukan ini turut mendapat sokongan daripada individu seperti SM Nasaruddin SM Nasimuddin (Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza), Datuk Seri Tony Fernandez (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia) dan Datuk Kamarudin Meranun (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan penubuhan pasukan F1-1Malaysia di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib melahirkan keyakinan beliau terhadap pasukan 1Malaysia dan mahu melihat lagu Negaraku berkumandang di litar-litar perlumbaan antarabangsa.

Beliau berkata, pihak berkenaan akan menentukan peserta yang sesuai untuk menyertai pasukan 1Malaysia.

‘‘Kita bagaimanapun tidak boleh mencapai kemenangan dalam semalaman sahaja tetapi ia melalui kemajuan demi kemajuan.

‘‘Saya berharap lagu kebangsaan kita dapat didendangkan dalam medan perlumbaan,” katanya.

Najib berkata, kerajaan melabur dalam pasukan 1Malaysia melalui Proton Holding Berhad dan menegaskan pelaburan itu bukan suatu pembaziran tetapi ia boleh membawa faedah kepada negara.

‘‘Tidak membazir, sebab ia melibatkan sektor swasta dan pasukan ini akan memberi pendedahan yang besar kepada Malaysia dan memberi manfaat kepada jenama Proton dan Lotus.

‘‘Ia bukan kegiatan sukan semata-mata tetapi ada unsur pemasaran jenama untuk Proton dan Malaysia serta rakan usahasama lain,” katanya.

Add to Google

Masih dalam ingatan....Ni antara foto yg sempat aku petik kat sepang masa menonton secara live thn lepas n thn ni...tahun depan x nak lepaskan peluang....Jom....




BATIK...Hiasan Dinding.

Akhirnya aku dapat gak menghasilkan batik lukis yg bos tempah tu...Aku tau dia tertunggu-tunggu...yelah...dia tempah masa pameran karya seni kat Kluang Mall April hari tu....Berapa bulan dia kena tunggu...bengang memanglah bengang...Dah aku memang x sempat....tapi aku gagahkan jugak....Katanya dulu dia nak jadikan hiasan dinding umah barunya.....Nak tengok prosesnya....Aku amik masa 3 hari untuk hasilkan tapi.... sbenarnya lebih kurang 8-9 jam jer nak hasilkan 2 catan batik ni...
Ni kain fuji @ rayon yg suci lg bersih....direntangkan kat pemidang.

Yg ni...aku dah mula canting idea kedua....Motif batik....pemandangan ttg alam sekitar...ini permintaan dia...Kalau ada sesiapa yg nak tempah.....bagitau jer..nak motif apa....flora..fauna.. burung...buah-buahan...hidupan akuatik...semi abstrak...abstrak...atau apa2 ajela...Mula mewarna....
Haah....dah siap satu...aku pilih warna panas...Satu lagi warna sejuk....
Aku suka bahagian ni.....ada ciri semi abstrak.....
Akhirnya......Siap gak.....Lega...
Kedua-duanya beres.....Mana satu cantik???? Aku harap bos suka....dan mudahlah dia pilih mana satu antara dua ni.....
Jadi ....masa aku bagi kat bos....aku tunjuk satu2....n soh pilih satu....sbb satu lagi aku nak bagi kawan aku yg dah tempah sebulan lepas.....Dia puji....n dah tentulah aku bangga...hehehe Laa....dia kata nak dua2 sekali....Hmmmm nak kata apa...bagi jelah....Untuk kawan aku punya tu aku kenalah buat lagi....Sabo ea....nanti aku buatkan...Raya ni tak jadilah ko tayang batik aku kat umah ko...
Alamak...teringatlah pulak kes kakak aku yang dah tempah batik abstrak raya tahun lepas...Aku tak buat lagi ni...apa nak jawab...
Kalau nak cerita....suatu masa dulu aku boleh siapkan tempahan batik untuk diframekan ni 5-6 sebulan...jadi sumber pendapatan tambahan n boleh sebut motif yang diorang nak....Tapi sekarang...aku selalu tak berkesempatan....
Konklusinya....kalau x nak bakat tu mati....AKU PERLU HIDUPKAN SEMULA AKTIVITI INI......

"Sweeping Malaysia"???????

.....Ni keratan akhbar Utusan pagi 12 Sept......Apelah org Indon ni ek...Sikit punye hal pun nak kecoh.... Kalaulah perangai kita macam diorang...dah lama sedara mara diorang yg 1.8 juta kat Malaysia ni kita dan sweeping kan???? Macam2 hal n masalah diorang buat kat sini...
......Kita kan satu rumpun bangsa..... buat apelah nak kecoh2....Baik2 aku nak melancong tempat diorang sempena menyokong promosi Tahun Melawat Indonesia.....dah jadi kecut hati...Ada kawan aku lg nak g Bali 24 November ni..... hati-hatilah yer.....


Kerajaan Indonesia wajar ambil tindakan - Dr. Mahathir

PETALING JAYA 11 Sept. - Kerajaan Indonesia wajar bertindak terhadap rakyatnya yang membuat provokasi keterlaluan terhadap Malaysia bagi mengelakkan keadaan semakin meruncing, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan rasa sedih dengan perkembangan itu namun berkata, beliau memahami ia hanya melibatkan sekumpulan kecil rakyat republik itu.

Katanya, cadangan segelintir rakyat Indonesia untuk melancarkan perang terhadap Malaysia membuktikan mereka sebenarnya tidak memahami hubungan erat antara kedua buah negara.

"Saya harap kerajaan Indonesia akan mengambil tindakan, kalau di sini kita tidak akan benarkan benda semacam itu berlaku, terutama bila ugut mahu 'sweeping' (mengusir rakyat Malaysia).

"Kalau mahu dijadikan slogan sahaja bolehlah, tapi kalau sampai hendak tahan kereta, nak buat 'sweeping', itu bukan perkara yang baik," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Penganugerahan Sri Cemerlang Piala Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) kepada Kelab Perkim Universiti di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Setiausaha Kehormat Perkim, Tan Sri Abdul Hamid Othman.

Selasa lalu, sekumpulan rakyat Indonesia melakukan gerakan provokasi 'Sapu Orang Malaysia' di Jalan Diponegoro, Jakarta.

Dalam demonstrasi tersebut, penunjuk perasaan yang bersenjatakan buluh runcing menahan kenderaan dan bertanya identiti mereka bagi mengesan rakyat Malaysia ekoran isu berbangkit berhubung tarian Pendet.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, kerajaan Malaysia perlu berhubung dengan kerajaan Indonesia untuk meminta kerjasama supaya sentimen itu dihentikan.

Beliau berkata, perkara yang kecil itu tidak sepatutnya menyebabkan hubungan yang baik selama ini menjadi rosak.

"Sebenarnya perkara ini remeh sahaja, bukan perkara besar. Dia kata kita curi lagu, curi tarian, itupun bukan kita yang buat, orang lain buat," katanya.

WAJAH DI HUJUNG LENSAKU II

Hmmmmm....jadi kulit majalah...banyak permintaan ni. Tapi...ni jer wajah kawan2 yg sempat aku jadikan kulit majalah.... guna Adobe Photoshop...







SUP PAHIT ??????


Istilah "Sup Pahit" ni diberi oleh Pn. Hjh Arbayah Tokiman...antara "orang atas" kat tempat kerja aku...Beliau mmg kreatif n seorang kawan yang boleh dibuat kawanlah.......istilah tu mybbkan ramai kawan2 aku takut nak makan sup yang aku masak sendiri tu....takut pahitttt...

Tapi.....bila dah rasa.....ramai lah pulak yang mintak resepi.....dan cuba masak...maknanya SEDAP la tu.....Dah byk kali gak lah aku bawak sup ni kat tempat kerja...Sekarang diorang da fahamlah kenapa istilah "Sup Pahit"digunakan....n dah melekat nama tu..Sedara mara pun byk yang tunjuk "jempol" kat aku....masa aku buat open house thn lepas...(sekali2 masuk bakul...hehehe)

Sebenarnya...sup ni mirip2 sup ayam @ mushroom kat Pizza Hut....Sbb terlalu suka sup tu...aku cari resepinya n cuba masak sendiri.....Yeh...berjaya....Sampai la ni...masih ada lagi yang mintak resepi ....x larat lah aku nak menulisnya....atau memberitahu lagi....amik lah sendiri kat blog aku ni....

Bahan2
1 mangkuk kecil daging ayam (bahagian dada sekor ayam)
3 - 4 sudu tepung gandum
1 sudu mentega atau marjerin...
1 kiub ayam Maggi
1 camca lada putih + lada hitam yg telah dikisar
5 - 6 cendawan butang
air secukupnya
garam secukupnya
gula....sikit jer...kalu suka
daun calery...saderi...sup...(ape2 lah...daun yang Wonderpet makan tuuuu...)

Cara2nye pulak....
1. Rebus daging ayam tu sampai masak....
2. Kisar daging tu....dgn kiub ayam Maggi sekali...
3. Pastu....masukkan dalam air rebusan tu tadi
4. Gaul n ramas tepung gandum n mentega sampai jadi mcm serbuk roti...Kacau ngan air...
5. ....Pastu......kisar n masukkan dalam periuk yang tadi tu...
6. Sentiasa kacau n pastikan api x besar...
7. Masukkan campuran lada putih hitam tadi....
8. Cendawan butang....yg dipotong ikut suka hati masing2
9. .....Akhir sekali masukkan garam...gula...dan daun salary yg dicincang ikut suka ati gak...
10. Rasalah dulu....kalu dah cukup rasa....kepekatannya....Bolehlah hidang....Boleh makan ngan roti bawang putih...roti biasa...atau hirup mcm tu jer.....

Lagi sedap.....kalu makan ngan pizza......pizza buatan sendiri.....Nak resepi.....????? nanti...lain kali la.... Ok...

Sup ni sesuai gak untuk baby, org yg x der gigi atau....orang yg x sihat.....demam....x lalu makan....Jadi juadah berbuka puasa pun ok gak...Banyak tau khasiatnya....

SELAMAT MENCUBA..... Kalu jadi....apa salahnya bagi aku rasa.... Takat ni dah lebih 10 orang yang dah masak...tapi x penah pun bagi aku rasa.....Terbaru....Kak Nurmina dan En. Hasmi....Cuba tau......

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.