Singapore lagi.....

Peristiwa : Lawatan Pengantarabangsaan ke Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah
Peserta lawatan : Pengetua Tn Hj Abdul Rahman Mohd Noor dan Guru2 SMK Bandar T6
Jumlah : 89 orang. (2 bas)
Tarikh : 17 September 2012
Hari : Isnin (Cuti sempena sambutan pembentukan1 Malaysia)
Masa : Satu hari sahaja (5.30 pagi - 10.30 malam)
Agensi : MiszalinAsheeq & Golden Coach Travel n Tour
Kos : RM 60 sahaja seorang.
 
Akhirnya, usaha penat lelah aku bersama Asheeq, Kak Nobiha dan rakan2 selesai...w/p terkandas kat kastam Woodland lebih 2 jam...(Rasa mcm nak memberontak jer mse tu...sbb hot dgn peg. imigresen yang 'romantik' giler).
Murid2 madrasah ni dah biasa dengan lawatan2 dari luar negara. Masa kami ke sana, ada 3 lagi rombongan dari Kedah, Pahang dan Indonesia.
 
Ni baju koprat yang diusahakan oleh KEBIRU...
Walaupun tak sempat ke Arab Street gara2 terkandas kat Woodland(ramai yang mengeluh sbb x dpt menyopping n makan martabak Singapore).. sempat jugak g tempat lain....Gmbr atas tu, grandstand pasangsiap utk tonton perlumbaan F1 pd 21-23 Sept..
Perkarangan Merlion Park.. berlatarbelakangkan pusat teater Durian  atau Singapore's Esplanade Theatres
Nur Farhana Yusoff .... latar belakang tu Marina Bay..
pandangan dari atas....(mintak gmbr dr en. google)
Dari Marina Bay Sands ...tengok pun gayat...
koleksi album jer..
Shopping kat Chinatown... ada kedai bebas cukai kata tourist guide..
Konon2nya barang2 murah kat sini...yelah bebas cukai... Ni Saerah dok membelek2 minyak wangi..aku hampir tergoda...$117 Cool Water Davidoff dapat satu lagi percuma women Original...117 x 2.5 = 292.5... Huh..naseb baik dlm poket cuma ada $ 130 jer...Tp kwn2 mmg perabis duit kat sini la...coklat dari Turkey, keychain, fridge magnet, beg, t.shirt dll....

Pastu gi Resort World Sentosa...Mse tu dah pukul 5.30 petang..Ni gmbr peserta lawatan...kat depan USS..tp x masukla...mne sempat... lain kali kita pegi ya...sewa khas utk g USS shj...kumpul duit...RM250 jer kot sorg...
Alamak bos tengok....baju biru sblh kiri tu En.Sazali dan kanan En. Zainal tourist guide yg GoldenCoach sediakan....ok. Lain kali boleh panggil lagi.
Nk pegi Sentosa Luge & Sky Ride lagila x smpt... jadi pegi jer la kat muzium..The Maritime Experintal Museum...tiket masuk $5... tapi ktorg dpt $1...Kita tengok apa ada kat dalam tu...
 Ni patung Laksamana Cheng Ho la agaknya...sbb muzium ni mmg berkaitan dgn kisah pelayaran beliau..n masyarakat Cina ke kepulauan Melayu..atau Melaka Singapura...
Jumpa harta karunnnn!!!
Catan / Mural yg mmg besar...
Macam Pop Art...
Kraftangan daripada kertas surat khabar / majalah///
yang ni bakul daripada kertas sampul hadiah..
Mmg x sangka ni kertas sampul hadiah...
Satu lagi catan / mural...
Kesimpulannya...... Aku tahu kawan2 ramai yg rasa ralat/ agak kechiwa.. sbb x dpt g Arab Street, Luge n Sky Ride, Tower, Cable Car..dll...Tp nk buat cmne....masa mmg tidak mengizinkan kerana gangguan awal pagi  di Imigresen...Kalu dapat lalu kat link kedua mmg sampai cepat. Tp tourist guide tunggu kat W'land...Lagi satu, driver bas satu lg tu, sibuk nk balik cepat...Sori kwn2...Lain kali kita pegi lagi.....

Seni tak akan berakhir...Tn Hj.Yusuf Kaslan

 
Peristiwa : Majlis Meraikan Persaraan 'orang kuat' JKD Panitia Pendidikan Seni Visual
Tempat: Restoran Tudung Saji, Kluang
Tarikh : 3 September 2012
Tuan Haji Yusuf Kaslan....Seni x kan berakhir w/pun telah bersara.
Penyampaian cenderahati dari guru2 PSV daerah yang disampaikan oleh Pengerusi JKD yg juga merupakan Pengetua SMK Jln Kota Tinggi En. Anas Abd Kadir.
   Wakil PPD En.Supian turut menyampaikan c/hati.
 Menjamu selera... Cikgu Lela n Marmah


 
Pn Hjh Seti Sumarni dan anak muridnya yg dah jd cikgu seni jugak
 Emma...Halimatus Saadiah.. Cikgu Seni Tmn Kluang Barat
Sani n Cikgu Samian...
 
Murni Azilin n Soffiian Junior.. Senyum paling manissss...
bersama 'atok"..
  Kami semua...
 
Atas dari kiri : Soffian, Sani, Cgu Samian, Samsul, Hj. Samat, Cgu Foid, K. Anuar, Hj. Halim, Murni, Lin, Marmah, Emma, T, Izza n Lela.
Bawah dari Kiri : Cgu Ahmad, Hj. Hanizan, En. Sufian, Hj. Yusof, En. Anas, En. Hanafiah dan Pn. Hjh Sti Sumarni

Hebatnya Impressionist....

Monet paintings
Impressionisme....antara aliran catan yg aku suka.. catan atas dan bawah ni merupakan karya..Claude Monet. Nk tahu lebih detail ttg aliran catan???? Carilah kat sini..
ooo sempoi tapi sungguh dramatik..n berjiwa
Dua karya ni (atas n bwh) karya E, Melinda Morisson...lebih bersifat kontemporari
Women in a blue eyes..??

Junction - Demi Cinta Setia


Jiwang. Layannn...haahaha

Buzy People...semua orang sibuk..

Sesungguhnya masa itu memang umpama emas. Manusia sibuk mengejar masa. Masing-masing tak mahu bertangguh kerana bertangguh itu pencuri masa. Sesaat mereka bertangguh bererti banyak 'rezeki' akan melayang. Dek sibuk mengejar masa dan sibuk dengan kerja yang menimbun, macam-macam masalah lain timbul. Antaranya masalah kesihatan, rumah tangga dan keluarga juga masalah tak sempat cari jodoh.
   
Dahi jadi berkerut, kening nampak jatuh dan muka jadi 'ketat'. Ayat-ayat berbau keluhan, berbentuk luahan rasa dan rungutan memang biasa sangat didengar..
   "Sibuk la...tak sempat balik"
   "Dah pukul 5 petang!! Makan pun tak lagi ni!"
   "Kenape keje tak siap-siap ni?"
   "Ya Allah banyaknya kerja..."
   "Aduh stress!!"
   "Buzy giler beb!!! Nak kencing pun tak sempat!!"
   "Minggu ni aku tidur tak cukup la. Hari-hari tidur pukul 3 pagi"
   "Tak lama lagi ada orang mati kene timpa kertas, fail, buku..."
   "Hah! raya dah habis???? Aku tak sempat lagi pegi umah kakak ngan abang aku".

Jangan kata orang yang kerja di pejabat saja yang sibuk, sebab petani, pekebun dan suri rumah pun turut mengadu sibuk juga. Guru, budak sekolah dan tukang kebun serupa juga. Pendek kata semua orang sibuk.

Ayat bondaku...yang berseorangan di rumah pada siang hari. Nasib baik malam ada adik bongsuku.
"Pokok-pokok bunga emak dah mula layu tu. 3 hari tak siram. Lantai rumah atas dah seminggu tak sapu. Sibuk sangat. Semalam pegi klinik, harini rewang rumah Cik Senah besok ada perjumpaan persatuan wanita"

Ayat nenekku di kampung yang masih sihat walaupun telah berusia 80-an.
"Isuk2 suboh mareng suro. Lepas kue noreh... balik noreh yo masak sitik2....Ngko sore mareng kebon. Nandor-nandor pokok lombok, ubi. Maghrib sampe Isyak mareng suro meneh... Kadang2 ono kenduri Yassinan. Kue rung rewang2 kok ono kenduri kawen.. Yo wes kebeq masa neh.,"

Belum lagi dengar ayat jiranku yang ada kemahiran menjahit dan ambil tempahan menjahit baju kurung. Pada masa yang sama seorang suri rumah dengan tiga orang anak dan menjaga dua orang anak saudaranya..

Rakan-rakan guru pula. emhhh... Kalau dah namanya cikgu, semua kerja dia boleh dan sudah pasti kena buat. Dialah kerani, tukang kebun, juruhias dalaman dan landskap, akauntan, polis, penyiasat, ahli sukan, tentera, tukang masak, fotografer, pemidato dan macam-macam lagi. Pendek kata guru adalah segala-galanya. Belum lagi kelas bimbingan tambahan, memberi latihan dan menanda buku, membuat soalan, menanda kertas jawapan, merekod markah, headcount, TOV dan ETR juga post-mortem UPSR, PMR, SPM dan STPM.. Ya, guru zaman sekarang memang sangat sibuk. Memang stress. Sebab itulah ramai guru mendapat tekanan jiwa.
Manusia yang bernama pelajar pun sibuk juga. Selain belajar seperti biasa, mereka perlu menghadiri tuisyen sama ada yang disediakan oleh pihak sekolah atau tuisyen luar. 'Homework' bukanlah sedikit. Kerja kursus, aktiviti kokurikulum dan bermacam-macam aktiviti menyebabkan pelajar pun boleh dikategorikan sebagai orang yang sibuk juga.

Nasib baik bayi tidak boleh berkata-kata. Kalau tidak mesti dia akan kata 'sibuk' juga. Bila masa nak bagi signal lapar,haus dan pampers yang basah. Bila masa nak menangis, ketawa dan melayan emak dan ayah.

Teringat ayat seorang kawan yang memang sibuk selalu.
   "Tak ada ke, makanan dalam bentuk kapsul atau tablet yang telan sekali boleh kenyang satu hari. Tak sempat nak makan. Sepatutnya saintis kena buat kajian makanan dan cipta makanan dalam bentuk tablet.., Jimat ruang, masa dan tenaga".
   "Nasib baik oksigen percuma kan! Kalau tidak, mesti banyak yang nyawa-nyawa ikan... atau banyak yang mati!!!" sampuk seorang lagi kawan.

Hakikatnya, manusia zaman ini memang sibuk. Apatah lagi apabila munculnya laman sosial seperti facebook dan twitter.

Nidji - Biarlah (with lyrics)


Best melentinggg...

Hanya Ilusi...

Kerana kreativiti dan teknik mengambil foto....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.