2016

tinggggg!!!! selamat menyambut tahun baru 2016

adoi naik lagi umur.... masing2 terpaksa mengaku dah tua.. kannn. cuma kategori tua tu ada beza2 la... ada yg tua shj.. tua sikit... tua bangka...lagi teruk tua dot dot dotttt... kan.. yg baru abes SPM pun dok kata 'aku dah tua' ni yg dah suku n setengah abad nak kata tua ape...kann. apepun mudah2an 2016 ni kita semua diberi kesempatan olehNya utk berbuat kebaikan utk jd tiket masuk syurga... diberi rezeki dlm pelbagai bentuk... cth masa, ruang, peluang, kasih, sayang, kejujuran, kesihatan. kebahagiaan, kawan2 dll selain wang ringgit & kejayaan dalam hidup... eceh... mcm ape punya impian... tp aaminkan aje laaa yerk....moga2 Allah kabulkan.

Kuala Terengganu kami datang!

Hahhhh!!! Kuala Terengganu? Kalu nak tau, nila kali pertama aku buat lawatan ke pantai timur... mmg x terpikir sblom ni... asek arah pantai barat jer... balik2 KL, Melaka, penang.. spore. Mmg kenangan la ni.
Kerana ini adalah kenangan, maka aku terbitkan juga kisah lawatan  ke KT ni walaupun dah 2 bulan berlalu.. biasala... faktor x smpt... Lgpun ni smua mcm dokumentasi bergambar merangkap album kenang2an la kannnn!
Tarikh : 2-4 Oktober 2015
Masa : 3 Hari 2 Malam (Jumaat - Ahad)
Anjuran : Kelab Seni Kreatif & Fotografi, Kelab SPBT n Kelab Robotik & F1 SMKBT6
Peserta : ahli2 kelab ni... 36 org semuanyer
Teamwork Pengerak  : Biasala mcm slalu... aku, Azizah, Asheeq n dibantu oleh Wansai
Lokasi Lawatan : Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Muzium Kuala Terengganu, Planetarium KT, Noor Arfa Batik, Kilang Percetakan Utusan Malaysia, Chinatown, Pasar Payang dll
Penginapan : Homestay milik fmly cikgu azizah.... namanyer nnt jap check.. lupa
Kos : RM200 sorg.. x mahal kan...
Bas : Tunas Tinggi Sdn Bhd.. Haji Jamil dr Pt. Raja (best.. dah slalu guna khidmat sykt ni)

Hari Pertama - 2 Oktober 2015
Ktorg sampai jam 8 pagi kat homestay cgu azizah ni... bertolak dr T6, Kluang jam 12.01pagi td. Lmbt sikit smpai sbb berenti kat toilet n solat subuh kat Bukit Besi..
Sampai jer... hidangan oleh Cik Suryani adik Cgu Azizah yg menguruskan homestay ni dah disediakan... oiiiii nasi dagang ganu nih
Seriusss sedap... mmg teringat kelazatannya... aku xpenah makan nasi dagang sedap cmgini... mse menaip kapsyen ni aku tertegok air liur beberapa kali ahahahahah
usai sarapan n mandi... smua mmg kene bergerak ke lokasi pertama..haaa ni kat perkarangan homestay ni... 
Dah sampai Taman Tamadun Islam.... ceria jer bdk2 ni... msti testing ilmu fotografi yg x seberapa ni..
Wansai bersama ikha, awek rafiq, latif n Yash
Masing2 baru dpt passport n tiket masuk... bayaran termasuk dlm RM200 tu dah... apa lagi... jom masuk..
Luas kaw. ni... mujur ada khidmat bas open gini... Apa speselnyer TTI ni? 
Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man di Kuala Terengganu. Taman Tamadun Islam adalah salah satu tempat menarik utama yang terdapat di Terengganu.
Taman Tamadun Islam ini merupakan satu-satunya taman tema yang unik yang menonjolkan hasil senibina dan warisan tamadun Islam dari seantero dunia.
Di sini, anda akan disajikan dengan keindahan dan keunikan replika terbaik dunia seperti masjid, monumen dan tugu yang dibina dengan saiz berskala kecil. Sebanyak 22 monumen yang boleh dijelajahi di sini
Antara monument tersohor yang mesti dikunjungi ialah Masjid Nabawi, Masjidil Haram, Masjid Sultan Omar, Taj Mahal, Masjid Negara dan pelbagai lagi. Itulah dia, pelbagai masjid dari seluruh dunia yang dihimpunkan di dalam satu taman sahaja.
pokok kurma pun ada..
Pakej rm200 siap dengan naik river cruise menyusuri n mengelilingi  Sungai Terengganu
ni pinjam/share dr blogger lain... yela aku lupa snap paparan harga tiket masuk TTI n River Cruise..
Tudia... lama gak dlm cruise ni.... nampakla keindahan pulau2, persisiran pantai kampung nelayan, kapal2 pedagang... sukan air 'regatta' dll
45 minit tu mmg boleh menyebabkan bebudak n terlelap... termasuk aku ehehheh... ditambah lg dgn angin sepoi2 bahasa n mlm td kan ktorg tido atas bas... mana nyenyak sangat.... kannn! opkosla terlelap2 kat atas cruise ni..
Dr cruise ni la boleh nampak Masjid Kristal...
posing ramai2 jat jeti ni
posing lagi.....
aksi wajib hehehehe.... lompat!!
Solat jamak utk zohor n asar kat semejid ni.... aku x nak ulas betapa sepeselnyr semejid ni sbb mudah utk digoogle maklumatnyer kat website
Hehehheh... yash kene pakai tudung kalu nk masuk dlm semejid ni... cun kan!
Selepas makan n solat kat area TTI, kami ke Muzium Negeri Terengganu di Bukit losong...

Ikha n Mahadhir posing kat depan pintu masuk muzium..
Uwaiz n ikha membelakangi daun pintu kayu berukiran  halus..
yang ni ukiran tebuk tembus yg ada silat... perghhhh aku kagum dgn muzium ni... biasanya aku kalu bab muzium tu mmg alergi nak masuk tp yg  ni lain sebab..... tmpt ni mmg seni.... n x membosankan...  ada seni tekstil n sejarahnya., senjata2 tradisional ... galeri seni berupa catan n arca.. pendek kata semua yg ada dlm buku teks PSV n yg berkaitan dgnnya ada kat situ... baju2 tradisional utk kaum wanita yg sangat cantik... mmg rasa nak tiru la designnya... nak snap gambar mmg dilarang terus...
Balik dr muzium tu, kami terus ke homestay... smase budak2 berehat n bersiap2 utk berBBQ,  kami berempat dgn budak 2 org ni g umah Azizah yg slama  ni digazetkan mmg cantik gila... dah banyak kwn yg singgah sini... 
hah ni dinding umah bahagian luar.. dinding mmg penuh berjubin...
kat bahgian dalam.. ruang tamu ni...
Bilik air n toiletnya.... konsep itam putih...
yg ni plak ruang dapur.... fuyooooo merahhhhh!!!
ni kat dalam bilik tidur utama..... mmg berkilat smpai berbayang2.... perabot mmg belum ada sbb tuannya mintak pindah dr Kluang johor ke terengganu dah brtahun2 x dapat... umah dah siap tp tuan x balik2....
Balik smula ke homestay, memasing tgh siap2 utk makan malam n berBBQ... si hakim mansor yg memang terer bab masak2 n katering jd leader..
mmg bergotong royong....
hahhh ni la hasilnya...sedapp
makan dgn nasi goreng cina yg pengusaha homestay masak berulamkan keropok terengganu... n sos yg sedappp. perghhhh
Sempat la panggil budak 2 orag ni.. si Aliff Haiqal Kamaruddin n Izuddin Jailani yg belajar kat UMT utk join skali...

ni baru citer pertama.... belum lg hari ke-2 n ke-3... nnt bersambung yer...

Kuala Terengganu 3


































 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.