Kisah Kamariah. Group
......Haaaa........baru lega.......
Inilah pasukan kami....(Dari Kiri....Pn. Kay(Pengarah), Atas - Masita, Rahman, Sabariah 1, Mylin, Ann Ainal, Rozia, Hjh.Junaida (Pen. Pengarah), Maulana, Sabaraiah 2 dan Hartinie)
..Ikan berdiri...
Lama betul aku tak update blog....nilah antara yang aku dapat sepanjang tempoh sengsara...waktu aku bernafas dalam lumpur haritu.....
.....hmmmm.......mmg sedap dan rangup sekali....depa dua ekoq ni nak tiru "sejadah berdiri" agaknya....kalau tengok betoi2....depa mcm tengah berkomunikasi kan......
Lepas aku shoot gambaq depa...aku sebat haq yg sebelah kanan.....hmmmmm...nyam..nyam...nyammmm
Formula One -Abu Dhabi 2009
Vettel juara penamat musim Formula Satu
ABU DHABI - Pelumba Jerman, Sebastian Vettel memenangi perlumbaan penamat musim Formula Satu (F1), Grand Prix (GP) Abu Dhabi yang pertama dimulakan pada siang hari dan berakhir waktu malam dengan pasukannya Red Bull mencapai kejayaan di dua tempat teratas, semalam.
Pelumba berusia 22 tahun itu menewaskan Mark Webber dari Australia dengan kepantasan selesa 17.8 saat di bawah lampu limpah bagi kemenangan keempatnya musim ini bagi memastikan tempat kedua keseluruhan dalam kejuaraan ini.
Pelumba Britain pasukan Brawn GP, Jenson Button yang berjaya merangkul gelaran juara dunia pada GP Brazil Oktober lepas, menamatkan musim ini di tempat ketiga GP Abu Dhabi selepas mengekori Webber dan mengejarnya rapat dalam pusingan penghabisan.
Sementara itu, bekas juara dunia, Lewis Hamilton daripada pasukan McLaren, terpaksa menarik diri selepas berlumba 20 pusingan daripada 55 lap di litar Yas Marina gara-gara masalah brek biarpun mendahului dari petak depan.
Pelumba Britain itu memberitahu menerusi radio bahawa "kami mungkin menghadapi masalah brek kanan belakang" selepas hentian pertama di laluan pit dan kembali ke garaj di mana pasukan memberikan arahan, "kita tidak boleh terus berlumba".
Kategori pengeluar kejuaraan dunia juga sudah ditentukan di GP Brazil 18 Oktober lepas yang menyaksikan ia milik Brawn GP. - REUTERS.