Namun, ape yg sy tunjuk ni hanya sebagai panduan sahaja tau.... jangan tiru... sunting sikit2 tu okla...
Dalam soalan ni... perkara 1-3 semua adalah koleksi gambar.. (yang ni korg mestilah dah siap kan... kalau x siap, mmg helok kalu cikgu korg mengamuk)...
untuk perkara no.4 - Lukisan atau catan realistik hal benda atau tema yg di pilih....
yg ni, korg kene lukis sekurang2nya tiga gmbar dr koleksi no.2 tu, menggunakan media kering atau catan (media basah) sebijik macam gambar dalam koleksi tu...
contoh.... ni koleksi gambar flora.... lukis/catan smula menyerupai gambar asal....
jadi begini..
gunung-ganang jd begini dengan watercolour
Buatla catan realistik ni sekurang2nya 3 gambar...
perkara no:5 : Lakaran Perkembangan idea reka bentuk beg tote
... bahagian ni, awk semua kene lakar gambaran bentuk beg yg nak dibuat tu... lebih kurang mcm gini la yer... dah lakar2 tu, pilihla satu yg paling disukai... pastu buat catatan kat situ...
Perkara no 6: Lakaran perkembangan ilustrasi berdasarkan tema...
(kepentingan menjaga alam sekitar)
Lakaran perkembangan idea ni slalu sy sebut 'olahan'... bila namanyer mengolah..., awk boleh permudahkan, tambah, buang, tindan, piuh, grafikkan dia dll supaya idea tu lebih hidup dan dramatik....
olahan 'matahari'....
olahan 'gunung-ganang'..
olahan pokok2...
tulisan2 tangan tu adalah catatan namanya...
perkara no. 7 - Lakaran Perkembangan idea muka taip
Untuk bahagian ni, awk smua kene pikir apakah kapsyen yang sesuai nak masukkan dalam cetakan beg tu nnt. untuk ingatan, kapsyen tu mesti sesuai dengan tema 'Kepentingan Menjaga Alam Sekitar'
Contoh: Sayangi Alam Sekitar
Love The Earth
Hijaukan Bumi
dll
Apabila dah dapat kapsyen.... olah la mukataip tu dengan bentuk tipografi rekaan awk sendiri atau rujuk mana2 contoh.... Buat Lakaran tauuu...

Save/Safe The Earth...?
Let's Go Green
Perkara no.8 - Lakaran Reka letak pada hamparan beg tote..
Pada bahagian ni, awak perlu pilih mana2 olahan kat bahagian no.6 dan 7 kemudian letakkan dalam lakaran hamparan bentuk beg tote yang jadi pilihan...
tgok contoh kat bawah ni... ada hamparan beg (beg yg nampak bhgn depan dan belakang sbb belom dijahit)

Dalam lakaran reka letak ni, sebenarnya olahan yang dipilih sama cuma disusun dan diletakkan berbeza2... perasan takkkk??? Yang bawah ni pun sama... Bila dah siap buat reka letak..... pilih satu yg terbaik...
Perkara No. 9- Kajian Warna dengan catatan dan skema warna
Pilihan terbaik pada soalan no.8 akan diperbanyakkan sekurang-kurangnya 4 salinan... lepastu warnakan lain2. Fikirkan skema warna...
nak warna panas...
warna sejuk..
Warna monokrom
Warna Natural
dll sambil tu kaitkan pilihan warna awak dengan tema..

dannnnn yang bawah ni..... dipilih menjadi yg terutama untuk dicetak pada beg nnt... mesti sama tau hasil cetakan yg ada pada beg tote nnt..
nampak sempoi kannnn...
Pastu pindahkan lakaran ni kat kertas pendua atau profilem (satu warna, satu kertas pendua)dan kemudian potong imej pada kertas pendua tu..
Perkara no. 10 - Ilustrasi Persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar
taraaaaa... hasil cetakan tu nanti begini la kan.
Lukisan/catan yang menggambarkan beg tote kita tu dah digunakan oleh orang ramai... Maka, awk semua kena la lukis lebih dr 1 gambaran fungsi tu..,
Beg tote ni telah berada di bahu seseorang.
Beg tote telah digunakan untuk membawa buku...
Perkara No.11 - Lukisan Alat dan Bahan yang digunakan dan catatan
Bahagian ni pulak... Awak kene lukiskan semua alatan dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan cetakan dan labelkan la nama-nama alatan tu...
no. 12...Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan.
Pada bahagian ni, awk semua perlu menampal gambar2 semasa proses menghasilkan cetakan sejak mula hingga siap. Jadi, nanti jangan lupa snap gambar semasa mula mencetak.
Sekian....terima kasih... moga blog sy ni boleh membantu..
1 arts:
terima kasih cikgu
Post a Comment