Ehhh ni anggerik atau orkid? Sama jer laaa... cuma sebutan orkid tu nmpk lebih moden. yela nama orkid tu sendiri berasal drp bahasa Inggeris - Orchidaceae. Kalau anggerik tu mcm sebutan klasik sikit gitu. Tapi itu cuma pendapat aku jer. Anggerik jugak dijadikan bunga kebangsaan Singapore. Dalam Wiki, katanya ada +- 25,000 species orkid kat dunia ni.... Tapi, pernah tak tengok species anggerik atau orkid mcm dlm gmbr ni?
Haaa... nila species yang org panggil 'ORKID HARIMAU' atau nama saintifiknya... GRAMMATOPHYLLUM SPECIOSUM. Corak n warnanya mmg cantik... (haha tetiba perasan mcm blog ni blog sains pertanian pulakkk)
Nama harimau tu melekat mungkin sbb kaler2 tu ada kat body harimau belang atau harimau bintang kot. Pastu saiz pokoknya mmg besar.. tinggi pun melepasi ketinggian manusia...
Tula, nak dijadikan cerita, pokok orkid ni tumbuh kat umah mybonda kat felda Kahang Barat nun. Ada 2 rumpun semuanya.
Ni mybonda sanggup telefon soh aku balik sbb nk bgtau sibunga orkid harimau ni dah berkembang mekar... soh shoot gmbr bunga tu la kannn.. yela setahun sekali jer dia berbunga. Biasanya dia mmg berbunga mse bulan Ogos. tahun lepas pun gitu jugak... Haaa kan aku dah kata, pokok ni lebih tinggi drp manusia.. mak aku ni tinggi dah 5 kaki... pokok ni mau sampai 6 kaki lebihhh tingginya...
Konon guna DSLR.. tp semua gmbr ni aku snap guna samsung note 2.. terang jugak kannn...
Rumpun yang ni ada 12 tangkai kata mak aku....
Masa ni petang, mmg hujan baru lepas berhenti... tu yg korg perhatikan ada titisan air... Dalam satu tangkai tu ada byk kuntum n kat hujungnya masih ada putiknya lagi...
Ni angle dr bhg tengah tangkai.... siap ada semut lagi... bau mmg wangiii... Kalau jual agak2 laku x ekkk? Ada ke org nak beli...?
Tgok kat web site atau blog2 lain ada jugak yg tanam dalam pasu... tp myayahanda n bonda tanam kat tanah jer... Ada jugak beberapa jiran yg mintak anak pokok ni n tanam kat rumah dorg... ermmmm mmg jadi penghias laman rumah felda yg agak luas tu...... sejukkkk jer tgokkkk. nak tanam kat umah sendiri, xde ruang... Pokok2 orkid harimau ni, myayahanda kidnap dr hutan dekat2 ladang kelapa sawit la rasanya... yela tumbuh meliar...
5 arts:
pm lokasi..
say berminat nak beli...
oyeke.... dok mana.. kalu dekat boleh jer datang umah. tp bgtau dulu..
Cantiknya pokok orkid ni.
Kak Rohani minat sngat kat orkid harimau ni, nak dtg beli benih boleh?
Nak dtg beli benih boleh?
Post a Comment