Doa seorang pencinta seni visual....

Ya Allah! Sesungguhnya lukisan adalah sumber terawal untuk merakam dan mendokumentasikan sejarah. Daripada lukisanlah terilham abjad-abjad yang digunakan pada hari ini dan dengan abjad-abjad itulah kami dapat melaksanakan perintah-Mu agar membaca, mempelajari, mengkaji dan meneliti sepertimana perintahMu dalam Surah Al Alaq ayat pertama.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk"

Oleh itu ya Allah! Jadikanlah kami sebagai hambaMu yang mempunyai keindahan peribadi. Jadikanlah jiwa seni kami sebagai alat untuk mengenali hakikat kejadian diri kami dan juga mengenali diriMu.
Jadikanlah kemahiran dan keupayaan sebagai insan seni yang ada pada sebahagian daripada kami sebagai tanggungjawab ibadah dan dakwah. jadikanlah jiwa seni kami dapat mengenali dapat mengenali dan menjauhi sifat-sifat mazmummah (keji) seperti sombong, angkuh, meninggi diri dan sebagainya, sebaliknay dapat menghias diri dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti amanah, ikhlas, berbudi bahasa, bersopan santun dan lain-lain.

Ya Allah! Jayakanlah Pameran Simfoni Warna 2013 ini. Sampaikanlah maksud dan tujuan penganjurannya. Jadikanlah hasil karya dalam pemeran ini sebagai sesuatu yang dapat menyegarkan diri.  ke pada sifat-sifat kesempurnaanMu. Sesungguhnya  Engkau maha Esa,  Engkau maha kaya. maha bijaksana,, Maha berkuasa dan memiliki semua sifat keagongan.

Ya Allah! Jadikanlah majlis ini sebagai majlis yang dirahmati dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang terpelihara. Ya Allah ! Jauhkanlah kami daripada sebarang kecelakaan, dipencilkan atau tersekat daripada mendapat rahmatMu.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

dipetik dr bacaan doa oleh Ustaz Tuan Haji Abu Bakar Selamat dari Yayasan Warisan Johor, semasa Majlis Perasmian Pertandingan Simfoni Warna 2013 di JB 4 Julai 2013

Kenapa aku masukkan doa ini dlm blog aku ni.... semestinya doa ini amat indah, bermakna n lain drp yg lain.... Lihat bagaimana ustaz mengaitkan seni dgn kebesaranNya...n kebesaranNya dgn seni...hayati juga bagaimana ustaz mengaitkan seni dengan agama dan agama dengan seni....juga kaitannya dgn identiti sesorang, sehingga kita merasakan seni dan bakat seni itu sungguh indah n amat tinggi nilainya, seterusnya mmg patut dihargai...

0 arts:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.