LONDON – Ketua pasukan Lotus, Tony Fernandes percaya, kehadiran semula Lotus dalam Formula Satu (F1) selepas 16 tahun, mampu membuka aliran pendapatan yang tidak digunakan di Asia.
Fernandes berkata, pasukan yang disokong oleh kerajaan Malaysia itu yang akan membuktikan kemampuan pada perlumbaan pertama 2010 di Bahrain, bulan depan.
“F1 tampak begitu elit. Ia saat yang menakjubkan apabila menyertai F1, anda boleh melihat litar F1 di seluruh dunia.
“Memiliki Lotus dengan sokongan kerajaan Malaysia akan membantu mengembangkan sukan F1 di Asia,” katanya.
Fernandes memulihkan jenama Lotus, yang memenangi 79 perlumbaan F1 dan tujuh kejuaraan pengeluar antara 1958 dan 1994, sebelum pasukan meninggalkan F1 akibat akibat masalah wang.
“Ia sesuatu yang hebat apabila membawa Lotus kembali ke tempat asalnya,” kata pelumba pasukan itu, Jarno Trulli yang menduduki tempat kelapan musim lalu dengan Toyota.
“Kami memikul tugas yang amat geti, tetapi itulah sebab kami di sini,” katanya.
Dengan Trulli dan bekas pemandu McLaren, Heikki Kovalainen membarisi pasukan, Lotus kembali sebagai salah sebuah daripada empat pasukan baru di litar musim ini, di samping Virgin, Campos Meta dan USF1.
Trulli dan Kovalainen akan menyertai sesi ujian dari 17 hingga 20 Februari di Jerez, Sepanyol dan Litar Catalunya di Barcelona dari 25 hingga 28 Februari.
Lotus hanya berharap kedua-dua pemandunya menamatkan perlumbaan pembukaan musim ini, Grand Prix Bahrain pada Mac ini, selepas membina sebuah kereta dalam cuma dua bulan.
Pengarah teknikal, Mike Gascoyne yang menyandang peranan yang sama dengan Force India, Toyota, Renault dan Jordan berkata: “Satu sasaran yang tetapkan ialah menjadi pasukan baru yang terbaik.
“Kami mungkin mampu menyambar beberapa mata, supaya lebih mantap tahun depan,” katanya. – AP
yolah mlysia boleh..jgn lupo kito poi samo sepang april ni..den nk jugak donga deruman adrenalin eko..camnolah koncangnya..camnolah hebatnyo..hee xsabo den...
ReplyDelete