Kursus Asas Ilustrasi Tahap 1

 Program   : Kursus Asas Ilustrasi Tahap 1
Tarikh   : 20 - 21 Oktober 2012
Masa  : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi  : Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Kluang
Penganjur  : Persatuan Belia Sinar Ikon (KESNIK), Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang.
Peserta  : Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah daerah Kluang.
 Tenaga Pengajar : En. Zulkefli Dahlan (jolartworks)...merangkap Ketua Penyelaras Program...
 Woww!!!.....inilah antara kerja seni yg dihasilkan oleh beliau.....
 Memang terpegun.... 
 Beliau yg pernah menjadi sorg drp kartunis 'GILA-GILA'....memang jelas semulajadi berbakat, tinggi imaginasi dan kreatif..... karikatur!...alahai... di hujung jari dia jer..


ermmmm...tengokla betapa halusnya lukisan ini.... guna charcoal ni...
 
Bruce Lee ni.... byk jenis garisan... 
 Beliau dibantu oleh seorang lagi kartunis....lupala pulak nama dia... (Bad kottt...)
 Ambik peluang bergambo dgn 2 karya karikatur...(kenal x karikatur tu wajah sape?) 
 Yang ni kalu x kenal...jangan jd warganegara Malaysia lah...malu... 
 Cikgu Murni Azilin yg juga merupakan JK teknikal turut berkarya....  
Kat Pusat Kegiatan Rakan Muda ni ada tmpt jamming yg lengkap....tu Cikgu Ahmad Soffian suami cikgu Murni jamming dgn anak2...
 
 Ok.....cerita pasal pengisian n student yg menyertai program ni..... Hari pertama dorg diajar melakar objek...mencantum objek utk dijadikan satu objek yang lain pulak...figura manusia...dan akhirnya menghasilkan 5 watak kartun... (Syafiqah Rahmat dibimbing oleh en. Jol utk perbetul lakaran) 
 Ayad Zariq ...dan semua peserta wajib menyiapkan satu cerita/ komik berdasarkan watak yg dihasilkan...2 watak kanak-kanak(L/P)...2 watak remaja (L/P) dan sorang dewasa/warga tua...
Posing sebelum balik pada hari pertama...dari kiri Fuad Razak, Ayad Zariq, Zulfaez, Harith..cikgu Asfaizal, Dinie, Syafiqah, Jannah, Cikgu Yuszairi (S/u program), Maizatul, Asraf Saref dan En. Zulkefli...(eh suma budak T6 tuuu...)
 
Hari Kedua.....Mereka diajar teknik mewarna yang mudah....Cikgu soffian sdg membimbing peserta T6
 Memosing ke mewarna tu....? 
Aiii...asyik gambo budak T6 jerk...
 
Hari kedua tu jugak dorg dapat T.shirt sempoi tu....cuba baca apa kapsyen kat belakang t.shirt tu....
 Antara karya kartun tanpa belon dialog dorg.....
 Teknik mewarna pokok...tampal kat dinding jugak....(lebih kpd teknik impasto)
 Mereka ditunjukkan cara termudah melukis/mewarna gmbr pemandangan waterwall....
 Tengah2 tu karya Zulfaez...
Sebelum bersurai.... 
Ucapan rumusan/penutup program oleh penyelaras dan ketua teknikal... penyampaian sijil dan hadiah...
Seperti yang disangka...Nur Zulfaez Rauzan terpilih menjadi peserta terbaik dan berbakat untuk peserta lelaki.... Dari sekolah manakah dia??? hahaha...(Kedua Ayad, Ketiga Fuad, Keempat Dinie...kelima Harith...pastu Acap kottt)
Peserta perempuan terbaik dari STK.... alamak x ingat nama la dikkk (Fatin kottt)
Semua peserta dan tenaga/JK program di barisan hadapan...(dr kiri..cikgu Izzaidah smkjkt, cikgu Thatchayini STK, Cikgu Yuszairi SMKJKT, Cikgu Soffian SMKJM, En. Zulkefli, Cikgu Asfaizal SMKPaloh, Cikgu Lin SMKBT6 dan Cikgu Murni Azilin Convent
OTW balik....Langit n awan mmg cerah...apalagi aku pun membidik suasana tu...Pusat rakan muda tu pun duduknya kat kawasan Masjid, SK Bandar Lelaki...Bandar Perempuan...PPD lama...Taman Idaman...
Tengok...indahnya ruang atmosfera tu...
ditambah keindahannya dengan model2 sukarela ni....
Kesimpulannya.....program ni berjaya menarik minat pelajar2 seni yang belum tahu skil melakar dan mewarna...melahirkan bakat baru....menggalakkan persaingan sihat....memberi pengetahuan dan kemahiran serta teknik termudah dalam menghasilkan kartun/animasi.....Suka bila Dinie, Mai,Jannah n Fiqah kata kursus tu best... dan tanya bila pulak yang Tahap 2...

AdaMu - Najwa Latif Music Video (Lirik)

Dia....Nur Zulfaez Rauzan II

...........ni sambungan cerita...................
 Pagi itu dia datang lagi ke Bilik Seni seperti biasa..... dan dia menghulurkan sesuatu..
"Cikgu, saya nak bagi sesuatu untuk cikgu....untuk kenang-kenangan.."
"Terima kasih"
Satu  catan berupa potret dirinya yang telah dibingkaikan ada di tanganku...
"Kat belakang tu ada saya tulis sesuatu... nanti cikgu bacalah...."
Dan aku buka frame itu lalu baca kata-kata hatinya yang tertulis di belakang potret itu sesudah dia beredar ke kelas semula...Ada lukisan burung dan kata-kata berbunyi begini.....
 "Saya umpama burung, pada masa kecilnya dia dibesarkan oleh ibunya..Setelah matang dan besar, tiba masanya dia keluar daripada sarang untuk mencari kebebasan dan ketenangan... Tiba pada masanya, dia kembali ke sarang...Dia tidak pernah melupakan asal usul dirinya dan jasa yang telah mematangkannya...
Tiba masanya saya akan kembali.......I will never forget...."
.....Teringat kata-katanya...."Sekarang saya lukis burung...burung tu satu binatang yang memberi banyak makna..."
Dan.....potret dirinya itu digantung berhampiran mural burung biru dalam Bilik Seni...Sesiapa masuk ke Bilik Seniku, pasti akan terpandang mural dan potret karya si Faez ini.....

Dia... Nur Zulfaez Rauzan

Disember ini, umurnya genap 17 tahun...tapi dia ada keistimewaan luar biasa... Dia pengamal seni & pencinta seni tegar yg sangat berbakat.... pendek kata darah yang mengalir kat tubuh badan dia memang dalam kumpulan darah'art'. 
(Sah2 la mmg byk yg jeles + busuk hati bila muka Faez yg jd tajuk entri blog aku kali ni)
(Yang baju biru tu, Faez...) Perkembangannya, mmg aku saksikan. Daripada tau sikit jadi tau banyak. Semua itu kerana minat dan penghayatan seni dari lubuk hati yang paling dalam... Tula, teringat masa mula2 dia join Kelab Kreatif dan Seni Foto..Masa tu dia baru tkn 1 atau 2. .Dialah budak lelaki tunggal yang aktif w/p dikelilingi senior yg kebanyakkan perempuan...Tahun ini, dia pegang jawatan Pengerusi kelab.
Ini Sketch Book dia.....Seni bukan paksaan, lantaran itu dia akan berkarya x kira tempat...dan buku ini dia usung ke mana2 saja... (pendek kata, x pernah dihantar.... cikgu terpaksa semak smasa P&P)
Catan2 ni dilukis atas kertas jagung... Mmg mencabar sebab kertas yang sangat nipis & mudah koyak...
Semua ni karya2 Faez. Kebanyakkannya dlm aliran surealisme yg penuh imaginasi..






Kali pertama buat potret penuh...
Catan pada tiang Bilik Seni... kira ni Mural laaa..

Dan....Mural2 ni idea dia..70% dia yang hasilkan..Selebihnya dihasilkan oleh Harith, Ayad, Fuad, Ilham, Ijat dan Faizal.Hampir setiap petang dia mengekspresikan segala rasa pada dinding di belakang Bilik Seni.
Cetusan rasa....sebagai tanda kenangan.... sebagai tanda perpisahan.....sebagai tanda betapa sayangnya dia kepada seni termasuk bilik seni sekali.....
...kerana dia bukanlah orang yg byk bercakap ttg perasaan... jd bila dia berkata2, kata2nya pasti benar2 bermaksud....Dan kata2 ini bukanlah dituturkan pada hari yang sama...tapi hari yg berbeza2...(satu hari, satu dialog..)
"Tinggal beberapa hari jer sy akan tinggalkan sekolah ni" dgn suara yg lirih hampir dgn telingaku.
"Hidup sy banyak kat Bilik Seni ni..." katanya sambil memerhatikan segenap ruang bilik ini. Dan matanya berkaca-kaca....
"Bilik ni banyak kenangan... Ntah bila lagi nnt sy nk datang sini lagi" katanya lagi pada hari yang lain. Lantas dia terus menuju ke arah tingkap n memandang ke luar....Diam n terpaku agak lama dia d situ. Sewaktu menoleh kerana dipanggil, memang jelas matanya merah dan berkaca-kaca....
"Sy nk tinggalkan sesuatu sebagai kenangan dan segala rasa sy pada sekolah ni"  Inilah antara hasil tinggalan dia... 
Dan aku x boleh menipu...kerana aku sebenar-benarnya mmg sangat-sangat sebak mendengar segala kata-katanya itu.... Bukan senang nk dapat  pelajar berbakat seperti dia. 
"Bila-bila nanti sy akan datang lagi..."
Ini antara karya dia semasa menghasilkan kerja kursus KRSV..
Antara sijil yang dia pernah peroleh semasa menyertai pertandingan melukis....Sijil di atas merupakan sijil yang diberi oleh The One Academy.
Untuk ZulFaez...dan semua calon SPM 2012. Selamat menghadapi SPM tidak lama lagi... semoga dipermudahkan, diberi ilham dan petunjuk, diterangkan hati olehNya dan dapat menjawab semua soalan dalam semua M/P dengan cemerlang. Terus berusaha walau pada saat-saat genting begini. Belum terlambat....Jika ada usaha, pasti ada kejayaan...
Faez.. pastikan awak berjaya!!!!!!

Raihana Tul Amalina

  Imej/model : Raihana Tul Amalina
Tarikh : 31 Ogos 2012
Lokasi : Taman Seri Impian




 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.