Formula One -Abu Dhabi 2009


Vettel juara penamat musim Formula Satu

ABU DHABI - Pelumba Jerman, Sebastian Vettel memenangi perlumbaan penamat musim Formula Satu (F1), Grand Prix (GP) Abu Dhabi yang pertama dimulakan pada siang hari dan berakhir waktu malam dengan pasukannya Red Bull mencapai kejayaan di dua tempat teratas, semalam.

Pelumba berusia 22 tahun itu menewaskan Mark Webber dari Australia dengan kepantasan selesa 17.8 saat di bawah lampu limpah bagi kemenangan keempatnya musim ini bagi memastikan tempat kedua keseluruhan dalam kejuaraan ini.

Pelumba Britain pasukan Brawn GP, Jenson Button yang berjaya merangkul gelaran juara dunia pada GP Brazil Oktober lepas, menamatkan musim ini di tempat ketiga GP Abu Dhabi selepas mengekori Webber dan mengejarnya rapat dalam pusingan penghabisan.

Sementara itu, bekas juara dunia, Lewis Hamilton daripada pasukan McLaren, terpaksa menarik diri selepas berlumba 20 pusingan daripada 55 lap di litar Yas Marina gara-gara masalah brek biarpun mendahului dari petak depan.

Pelumba Britain itu memberitahu menerusi radio bahawa "kami mungkin menghadapi masalah brek kanan belakang" selepas hentian pertama di laluan pit dan kembali ke garaj di mana pasukan memberikan arahan, "kita tidak boleh terus berlumba".

Kategori pengeluar kejuaraan dunia juga sudah ditentukan di GP Brazil 18 Oktober lepas yang menyaksikan ia milik Brawn GP. - REUTERS.

Add to Google

.....tempoh sengsara......


...sungguh sengsara.....

Blogger Tertua di Dunia

Maria Amelia Lopez adalah Blogger tertua di dunia yang berumur 97 tahun berasal dari Sepanyol telah meninggal dunia. Dia telah diperkenalkan oleh cucunya pada dunia blogger 2 tahun lalu. Kebanyakkan entri Maria Amelia Lopez adalah berkenaan dengan pelbagai aspek seperti kehidupannya, politik era Franco dan selalu menyentuh akan kesihatannya yang tidak menentu. Nenek tua ini menulis dari rumahnya di tepi laut di bandar Muxia disitu jugalah tempat dia dilahirkan pada 23 Disember 1911 di rumah petani milik cucunya. Maria mula menulis blog pada 23 Disember 2006 " cucu saya telah memberikan sebuah hadiah kepada saya, blog ini ketika saya berumur 95 tahun...dan hidup saya berubah... sekarang, saya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia luar".

http://technology.timesonline.co.uk/multimedia/archive/00561/maria_561555a.jpg

Blognya di alamat amis95.blogspot.com, mendapat hit lebih 1.5 juta pengunjung. Oleh kerana kepopularitinya itu beliau pernah minum teh bersama dengan Perdana Menteri Sepanyol Jose Luis Rodriguez Zapatero. Pada entri terakhir pada Februari tahun ini beliau mengatakan " ketika saya berinternet saya lupa akan penyakit saya. Kebingungan adalah perkara yang baik untuk anda - anda mampu berkomunikasi dengan orang lain. meningkatkan daya ingatn dan memberikan kekuatan yang hebat.

Maria menjadi blogger tertua di dunia setelah meninggalnya Oliver Riley berasal dari Australia yang meninggal pada usia 108 tahun di bulan Jun 2008. Pemegang title yang tidak rasmi ini juga masih belum diketahui, kerana aktor Kirk Douglas yang berusia 92 tahun yang biasanya menulis blog pada halaman MySpace masih lagi aktif menulis blog hingga sekarang.

* Kepada kawan2ku...terutama yang selalu "berblog"...juga yg x reti "berblog" amiklah nilai dan pengajaran daripada Amelia Lopez ni...selain selalu belajar daripada Amelia Alel...

....Siapa yang melampau.....?????

Julukan baru buat Malaysia?

View Results

Apa perasaan korang...Maling tu dalam kamus Dewan bermaksud pencuri.....Hari tu diorang kecoh pasal "sweeping Malaysia"...pastu 'Ganyang Malaysia"....."perang Malaysia"....Nak tengok kemelampauan diorang......kunjungilah malingsia.
Korang nilailah sendiri. Tengok gambar2 yang menghina negara kita....bendera kita....kata2 n gelaran2 yang dia bagi kat Malaysia.....Geramkan.....Diorang lupa beribu2 sedara mara diorang cari makan kat Malaysia. Diorang lupa....time ditimpa kesusahan...masa tsunami kat Acheh....Gempa bumi kat Padang...jiran dia...orang Malaysialah yang banyak beri bantuan kemanusiaan....
......hmmmm.....Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah....

Button Wins World Championship


Button juara dunia Formula Satu

19/10/2009 3:13am

SAO PAULO, Brazil 19 Okt. – Pelumba Britain, Jenson Button muncul juara dunia kereta Formula Satu (F1) 2009 biar pun sekadar menduduki tempat kelima pada Grand Prix Brazil, semalam.

Walaupun mempunyai satu lagi pu singan di GP Abu Dhabi selepas ini, namun Button tidak mampu disekat lagi untuk menjadi pelumba ke-10 negaranya pernah mengecapi gelaran ini.

Paling manis kejayaan itu diciptanya dengan memintas satu demi satu pen cabar lain selepas terpaksa bermula di petak ke-14.

“We are the champions (Kami adalah juara),” Button kedengaran menyanyi melalui tempat duduk pemandu ketika melintasi garisan penamat.

Pelumba berusia 29 tahun itu turut memberitahu BBC selepas perlumba an: “Ia satu yang menakjubkan te rutama beberapa minggu lalu. Ia satu perlumbaan paling menarik – Saya juara dunia!

“Ketika saya memasuki jentera 21 tahun lalu, saya tidak pernah terfikir untuk jadi juara dunia – tapi kita berjaya lakukan hari ini,” katanya lagi. - Agensi

Add to Google
yess......akhirnya si Butang ni jugak yg jadi juara......Cayalah.....
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 mylinart |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.