Sunday, September 22, 2013

Dia Tun Mahathir

.... ke dunia puisi..... kali ni aku tuliskan semula karya ABDUL GHAFAR IBRAHIM, dr Shah Alam.. yg aku baca dlm ruangan Sastera Mingguan Malaysia - puisi. sebelum keratan akhbar ni hilang kerana terlalu menyimpan n terselit kat mana2.... lebih baik aku salin dlm ruangan ni kannnn....

DIA TUN MAHATHIR

 Mindanya Putrajaya agung
seluruh dunia
keberlangsungan hidup
negarawan kelas pertama
negarawan penjulang sinar
bangsa
lantang akal tak didodoi
prasangka
pendesak
pembakar
penyubur
pelentur
penggempur

Lelaki lasak tak luntur ditegur
nestapa
kiri goda kanan cerca
belakang seranah depan terjah
ancaman luaran asakan dalaman
menghujan tiba
Mahathir tak tunduk gelepar
tak gentar
Mahathir sabar kekal akar
tak gelupur
tak gelupur
sedia tempur
teguh
gigih
degil
asyik
taat
waspada

Gagasan Mahathir tenaga tubuh kami
Wawasan Mahathir persyarikatan
teguh kami
dia api menerangkan hayat nikmat
dia air menyirami hikayat kasih
dia benih harmoni rukun kebangsaan
pancaroba suara memanah
Mahathir bersuara
dia lawan
dia tahan
dia tak tertawan

Dia Tun Mahathir
tak beku
tak bisu
tak membatu
genderang kemanusiaan
meresapi kalbu....

Syabas buat penyajak... mmg sesuai sangat utk negarawan kelas pertama ni... myidola...

2 comments:

  1. aku akn trus belajar daripadanya..100th lg blum tentu dpt dicari penggantinya..

    ReplyDelete