bukalah matamu
yang tidak buta
dan lihatlah dunia
buka dengan mata hati
dan mata fikir
heret mata itu
mengintai bencana ciptaan sendiri
menyaksikan diri rela meludah ke langit
jangan mengundang dajal rakus bersandiwara
mengabui mata bermanis janji
yang tidak kering ilham untuk terus memijak maruah dan asal usul
mencipta cereka menghalalkan pembohongan
mencipta cereka menghalalkan pembohongan
demi agenda tersendiri
Layakkah kita menjadi penghukum?
bolehkah kita menghukum?
jika kita sendiri tak pasti akan hala tuju
jika kita sendiri dangkal tak berilmu
imaginasikan seribu kemungkinan
buruk baik tindakan
nilai dan fikirkan
azimat warisan yang kini jadi bahan dagangan
kita perlu bersatu
menebus maruah dan harga diri
menebus maruah dan harga diri
bukan menjadi penderhaka
atau tutuplah mata seketika
kerana menutup mata bukan bererti tidur
cuba isthigfar dan lafazkan syukur
kerana nikmat ini bukan retorik semata-mata
cuba isthigfar dan lafazkan syukur
kerana nikmat ini bukan retorik semata-mata
No comments:
Post a Comment