Saturday, August 30, 2014

Cuba Idea Baru...

30 Ogos....Idea apakah ini???..inila.semua kelengkapan  utk esok dah dikemas utk tugas hari esok....
Bateri kamera... n bateri flash tgh cas... tu lampu nyala..
 beg2 dah siap2 menunggu...
 Kamera jangan tinggalll....
Yang ni pulak... aksesori n props... harap2 boleh membantu...
X sabar nk tengok hasilnya nanti.... 
Dapat pun kain bulu2 ni.... antara props yg penting.... lihatla nanti hasilnya... Ada props lain yg dah dok siap2 dlm keta... senang... pagi nnt jam 8.30 tinggal jalan jer menuju destinasi.....

Wednesday, August 27, 2014

Anggerikkkk....Orkid Harimau...

Ehhh ni anggerik atau orkid? Sama jer laaa... cuma sebutan orkid tu nmpk lebih moden. yela nama orkid tu sendiri berasal drp bahasa Inggeris - Orchidaceae.  Kalau anggerik tu mcm sebutan klasik sikit gitu. Tapi itu cuma pendapat aku jer. Anggerik jugak dijadikan bunga kebangsaan Singapore. Dalam Wiki, katanya ada +- 25,000 species orkid kat dunia ni.... Tapi, pernah tak tengok species anggerik atau orkid mcm dlm gmbr ni? 
Haaa... nila species yang org panggil 'ORKID HARIMAU' atau nama saintifiknya... GRAMMATOPHYLLUM SPECIOSUM. Corak n warnanya mmg cantik...  (haha tetiba perasan mcm blog ni blog sains pertanian pulakkk)
Nama harimau tu melekat mungkin sbb kaler2 tu ada kat body harimau belang atau harimau bintang kot. Pastu saiz pokoknya mmg besar.. tinggi pun melepasi ketinggian manusia...
Tula, nak dijadikan cerita, pokok orkid ni tumbuh kat umah mybonda kat felda Kahang Barat nun. Ada 2 rumpun semuanya. 
Ni mybonda sanggup telefon soh aku balik sbb nk bgtau sibunga orkid harimau ni dah berkembang mekar... soh shoot gmbr bunga tu la kannn.. yela setahun sekali jer dia berbunga. Biasanya dia mmg berbunga mse bulan Ogos. tahun lepas pun gitu jugak... Haaa kan aku dah kata, pokok ni lebih tinggi drp manusia.. mak aku ni tinggi dah 5 kaki... pokok ni mau sampai 6 kaki lebihhh tingginya...
Konon guna DSLR.. tp semua gmbr ni aku snap guna samsung note 2.. terang jugak kannn...
Rumpun yang ni ada 12 tangkai kata mak aku....
Masa ni petang, mmg hujan baru lepas berhenti... tu yg korg perhatikan ada titisan air... Dalam satu tangkai tu ada byk kuntum n kat hujungnya masih ada putiknya lagi...
Ni angle dr bhg tengah tangkai.... siap ada semut lagi... bau mmg wangiii... Kalau jual agak2 laku x ekkk? Ada ke org nak beli...? 
Tgok kat web site atau blog2 lain ada jugak yg tanam dalam pasu... tp myayahanda n bonda tanam kat tanah jer... Ada jugak beberapa jiran yg mintak anak pokok ni n tanam kat rumah dorg... ermmmm mmg jadi penghias laman rumah felda yg agak luas tu...... sejukkkk jer tgokkkk. nak tanam kat umah sendiri, xde ruang... Pokok2 orkid harimau ni, myayahanda kidnap dr hutan dekat2 ladang kelapa sawit la rasanya...  yela tumbuh meliar... 

Friday, August 8, 2014

Hahhhhh!!! Ogos dah?????

Cmne ni!!!... tetiba jer dah bulan Ogos. Rasa baru jer haritu sambut awal tahun -1 Januari... cepatnya masa berlalu...punyala bz...! Byk keje x siap ni... mcm dah terbengkalai jer ni... Hadoiii...
Tula dlm stress2.. terlakar muka minah kat atas tu....kombinasi catan + lukisan.
 "Hahhhhhhhh?????" kata dia... 

tertaip gak puisi yg x berapa nak puitis ni.... jangan ler gelakk...

Redup lembayung Ramadhan terpaksa dibiarkan berlalu tanpa rela
tika gerimis mengiringi pemergiannya
 sebak pula menghambat rasa
bimbang tidak ketemu lagi
Ramadhan dan hikmahnya pada tahun mendatang 

gema takbir tasbih dan tahmid menyusul
imejan satu kemenangan juga tanda syukur
dan langit cemerlang menyambut fajar Syawal
kembalilah kita kepada fitrah
juga tradisi

Hakikatnya...
Julai juga telah menyonsong pergi
Ogos pula mengambil giliran
beberapa purnama lagi
semestinya tahun akan berganti 

sementara aku
 terus tenggelam dalam dunia sendiri
alpa bertarung dengan pedang masa 
dan serpihan kudrat yg tersisa
demi sesuap nasi 
yang semakin tinggi nilainya

sambil mengatur langkah yang kekadang longlai
aku berperang dengan seribu satu aral 
demi menjulang tanggungjawab dan menjunjung amanah
atas nama nawaitu keranaNya

kadang memaksa diri
memerah keringat memenuhi tuntutan majikan
yang sesekali jadi musuh yg melumut 

dan tatkala embun menitis di dinihari
baru ada kesempatan meratakan tulang belakang yang melekat pada tubuh di atas pembaringan
baru ada ruang untuk menyandarkan kepala di atas kedua-dua belah tapak tangan
beralaskan bantal gebu yang dirindui
sambil menghela nafas nan panjang berbau lelah
tanpa disedari
impian sendiri sebenarnya sering diketepi
amalan dan taqwa pula setipis sehalus lidi
wajarkah cuma pasrah menunggu mati?

 hari minggu bulan dan tahun pun silih berganti
yakin pasti suatu hari nanti
namaku akan berlalu sepi
bagai masa yang terus meniti...

cari dan binalah diri
demi hari kemudian nanti

huahuahuaaaaaaaahahah... mylinz..