Saturday, October 29, 2011

Setandan pisang

Setandan pisang terletak di pangkal pokok pisang. Beberapa pelepah daun pisang yang masih hijau dan kering terletak berhampiran pisang tersebut. Gambarkan dari jerak dekat dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk, jalinan dan ruang.
Ni karya Dayana... kalu dtg kelas..boleh dpt kemahiran / teknik mewarna yg betul...
Ni pulak karya Mubaraq.....
Faziela punya kot....
Sapa punya ni...
kene check balik....

ermmm...yg ni dah mcm lukisan grafik....x de ton langsung....x dtg kelas la ni.....

Thursday, October 27, 2011

Azlan & The Typewriter - Jeritan Batinku (Live @ Fuhhh! Istimewa Akustik...

Sedap pulak lagu ni bila Lan bawak...penuh perasaan...Memang 'Jeritan Batinku" tu dpt dijiwai dgn mimik muka n ekspresi wajah. Memang sampai laaaaaaa.....mesejnya. Teringin pulak nk nyanyi lagu ni ikut gaya Lan..... (semalam dah dapat melalak lagu ni dengan penuh 'perasan' kat Song Box Karaoke n pool...ngn Manique, Ikha, Salina, M, Balqis n Phia Dilphia.....)....

Sunday, October 23, 2011

Di atas kayangan?






lokasi foto di atas.... MOZAC..Melaka pd 19 Oktober 2011. Sekolah tertinggi di Malaysia...dibina di atas bukit....(sori Ana n Fadzli.......)

Saturday, October 22, 2011

KEHILANGAN

Bengkak pada mata Nana belum surut. Malah jelas kelihatan air mata masih bergenang setelah empangan air mata itu telah beberapa kali pecah dan membanjiri kamar tidurnya sejak awal pagi tadi. Nana seperti tidak percaya dan masih tidak dapat berpijak di bumi nyata dengan insiden yang memang tak terduga. Kepalanya sarat dengan seribu satu persoalan yang tidak terjawab. Luluh hatinya mengenangkan nasib yang sememangnya malang itu.

'Apa akan jadi kalau ibu tau? Kalau ayah tau lagi mati aku kene marah.....huuuuuuuuuaaaaaaa macammane niiii... Kenapa semua ni terjadi....kenapa kau tinggalkan akuuuu.....' getus hati kecil Nana bercampur baur dengan esak melankolik...bingung dia memikirkan hal itu. Semua ini merupakan kehilangan besar baginya.

Pagi itu dia tidak jadi ke sekolah. 'Aku terpaksa ponteng....terpaksa....' Nana terus bermonolog sambil membelek2 mata yang menyepet di hadapan cermin .

Sepanjang hari dia berkurung di dalam bilik. Berpura-pura tidak sihat bagi mengelakkan diri daripada dihujani pertanyaan yang bertubi2 oleh ayah dan ibu. Nana bermesyuarat sendiri, cuba mencari jalan penyelesaian walaupun semua itu bagai satu perkara yang mustahil... 'Macamane aku nk selesaikan masalah ni....tapi aku mesti selesaikan perkara ni secara bijak...aku kene terima hakikat bahawa aku memang dah kehilangan dia. Aku mesti jumpa dan bagitau orang yang bertanggungjawab......sebab dia memang patut bertanggungjawab...'

Sedih, geram, terkilan dan rasa bersalah berkeladak menjadi satu dalam kotak fikiran Nana kini. Sedih sebab dia telah kehilangan satu aset yang sangat bermakna.....sedih sebab kehilangan itu bukan kehendaknya.....geram sebab tidak dapat mengawal sabar.....terkilan kerana.......ermmmm entahlah...dan dia mmg rasa sangat bersalah pada kedua-dua ayah dan ibu....juga rasa bersalah pada janji yang telah termeterai dengan mentornya ....dan sebenarnya juga rasa serba salah pada orang yang patut bertanggungjawab....

Keesokannya, Nana dengan langkah longlai menemui mentornya dan bercerita tentang insiden yang memang menyayat hati.

"...Masa balik pg tu, sy tumpang Peah...pulak tu pintu pagar x terbukak...Dia campak handbag saya dari luar pagar. Sy tak sempat cakap apa2...tau2 beg saya tu dah tergolek ke bawah....." lancar butir2 kata keluar dr mulut Nana ketika menemui mentornya.

"abis awak panjat pagar ke???"

"Ha'ah....tula, dia kata dia tak tau dalam handbag tu ada kamera DSLR saya....sbb nk cepat jadi dia campak jer...lgpun mase tu hujan dan dah lewat sangat...pukul 2 pagi kannnnn....sy mmg terkedu...tak tau nk cakap apa lagi.....bila sy bukak beg sy.....issskkk...ishkkkkk....memory card dah terkeluar...skrin dah bergaris2....ermmmmm memang rosaklahhhh....ishhhhkkkkkk" cerita Nana lagi dengan linangan air mata.....

"Macammane ni.....dahla tu hadiah dr ayah...pulak tu ayah slalu guna jugak....apa sy nk cakap ngn ayah....sampai bila sy nk berlakon x sihat n nyorok dlm bilik....???? Berapa ringgit D5100 sekarang??? mampu ke si Peah tu nk bayar ganti rugi......huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa......." sambung Nana lagi......

Camera damage

"Sy x dapat nk join shooting pd 1 november ni....ruginya...kalu sy hantar repair boleh x???"

"Kalu hantar repair...kurang2 makan mase 2 atau 3 bulan baru siap...sbb kamera tu akan dihantar ke kilang Nikon...masih dalam jaminan x?...Ayah awk beli kat mane haritu??" tanya si mentor.

".....ayah beli kat KL...kalu beli baru berapa ringgit ekkkk???"
"Tadi sy tengok kat website...body ngn lense 18-55mm RM 2499.....tapi x taulah kat sini....?
"huuuuuuu......mahal lagi....kenapalah Peah campak beg tu...."
"Apa lagi barang yang ada dlm handbag tu Nana???"
"i-phone sy...baru 2 hari ayah bagi".....
"Ya Allah.........memang patutlah mak ayah awk menyinga kalu tau semua bende ni berlaku....."

Kesimpulannya di sini......jangan letakkan kamera dalam handbag....biarkan kamera dalam beg kemera yg sedia ada...kemana saja kita pegi heret jer la kemera ngn beg tu...sbb org lain pun turut tau kat dlm tu ada barang berharga n x boleh dihempas2... bila kamera dok dlm beg galas atau handbag....org x pikir sgt dlm tu ada benda senang pecah atau senang rosak....

Cerita ni x de kaitan ngn org yg dah mati melainkan org2 yg sedang hidup di dunia ini....

Friday, October 14, 2011

Profesor dari China dinobat tokoh bahasa Melayu


MELAKA 13 Okt. - Bahasa Melayu mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri sebagai bahasa kebangsaan dan antarabangsa jika ianya dimartabatkan sebaik mungkin, kata Profesor Wu Zongyu yang dinobat sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa.

Beliau yang merupakan Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) berkata, rakyat negara ini perlu mengagungkan budaya dan memartabatkan bahasa Melayu seiring dengan perkembangan ekonomi kerana pengaruh bahasa itu semakin terserlah dari sehari ke sehari.

"Jika bahasa Melayu boleh merapatkan dua negara seperti Indonesia dan Malaysia, ia juga berupaya menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini sekali gus dapat menjana perkembangan dan kestabilan ekonomi dan politik yang lebih baik. "Kita dapat lihat juga bahawa kepentingan bahasa Melayu ini semakin hari semakin terserlah di mana rantau yang menggunakan bahasa ini semakin maju dan pesat membangun dari segala segi,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah tersebut pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini hari ini.

Beliau menerima RM50,000, buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Watikah Penghargaan Negara. - Bernama

..........ermmmm aku teringat pasal sejarah bahasa Melayu yg suatu masa dahulu (abad ke-14 semasa zaman kesultanan Melayu Melaka) merupakan bahasa lingua franca...yg dituturkan bukan sahaja oleh penutur tempatan, tetapi juga oleh saudagar dan seniman yg melalui perairan Selat Melaka atau mengunjungi Melaka.....

...teringat jugak bahawa Pengajian Bahasa Melayu ada ditawarkan/dipelajari di universiti luar negara... contohnya di Universiti Leiden, Belanda....di Universiti Ohio, di Universiti Victoria, NZ...Universiti Hull dan London.....

Kalau bangsa lain pun berminat dan boleh menguasai BM dengan baik....kenapa kita tidak...Cintailah bahasa kebangsaan kita.....

Thursday, October 13, 2011

Key chain lagi.....

idea terbaru jugak ni...tapi dah terjual banyak....
suka sangat yg bentuk jersi bola sepak ni....
ni pun comel jugak....budak2 pompuan suka..
yg 2 ni pun kiut miut...
amacam!!...budak2...buat banyak2 lagi.....

Sunday, October 2, 2011

Family Outdoor Photoshoot.....

Asrul....Darwisy.....Asheeq (1 foto dulu aku kasi tengok..ni baru nk cari lokasi terbaekkkk)
Pagi ni....seperti yg telah dijanjikan...aku membawa segala peralatan untuk menembak....foto Asheeq Asrul dan si kecik, Darwisy di Taman Tasik Putih, Kluang......Asheeq pun berbondong2 mbawak segala keperluan yg sepatutnya......cuaca mmg elok haritu...cuaca darwisy pun sgt baikkk...family ni pun pandai posing n x kaku.....nampak spontan...Walaupun berpeluh2, tapi puashati.....nak tengok hasilnya....tungguuuuu....ni projek baru bersama asheeq....projek apa tu?????...

Masa bernilai....atau....Kesihatan yang lebih bernilai...

Minggu ni aku mmg bz. Tambah2 lg demamku pun belum cukup baik...(demam sbb beguk).......tapi kerana ada beberapa perkara yg aku kene bereskan.....maka aku lenjan je.....kesana kemari n buat itu dan ini....

28 Okt bersamaan 30 Syawal yg lalu, aku msti jumpa 5 individu ni....Pn. Marmah, Halimatus Emma, Alia Nadirah, Madam Goh n Hj.Hanizan......mesti kene jumpa.....
3.00 ptg aku dah kat bandar....jumpa Marmah kt SMKSK....Emma plak jumpa kat depan Giant...borak 10 minit jer....laga pipi kirikanan...trus g jumpa Mdm. Goh....tp smpi dpn skolah Chong Hwa waktu tu mcm penjara....tmpt nk memarkir pun x de....aku trus g jumpa Alia dulu.
Dia kata jumpa kt Pusat Dialisis kat Pakar Utama....tgok jam mase tu pkul 4.30 ptg. smpt jumpa mdm goh n hanizan pasni.

Tapi......semua rancangan tu terus aku lupakan sesudah aku menemui Alia.......

Aku memarkir kereta kat blkg Pakar Utama, aku sangkakan aku kene masuk ke dalam hospital pakar tu.....rupa2nya pusat dialisis tu terletak kat bangunan besebelahan. Alia da tunggu n aku terpaksa masuk ikut pintu belakang.

Aku mmg rasa asing, pelik, ganjil n bercampur seram bila masuk kt tmpt cmgini.....tempat org sakit kannnn....ramai pesakit buah pinggang yg tengah dialisis....lebih kurang ada 10 orang (x smpt nk kira) salur/tiub/getah yg berwarna merah berselirat n mesin berkomputer/digital yg menyala....bekelip2 tanda sdg berfungsi. Aku tengok Alia besama 2 org anak perempuannya yg comel2 tenang jer menemani suaminya yg sedang didialisis....begitula rutin Alia 3 kali seminggu menemani suaminya setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Setiap rawatan pula mengambil masa 4 jam.....Sesudah aku menyerahkan tugasanku padanya.....dia menudingkan jari ke kiri arah sorg perempuan separuh umur/dah nak pencen...orang tu pun macam tau2 je terus memandang aku....
"Lin......!!! Kak Yam mmg nk jumpa Lin" meluncur laju kata2 mesra tu keluar dari mulutnya...Masakan aku x kenal Cikgu Mariamah. Aku pernah lukis potret wajahnya 18 tahun yg lalu....isteri Cikgu Yahya Buyung.

"Kak Yam buat ape kat sini?....
"Tuu....." muncungnya mengarah kehadapannya/sebelah kiriku...
"Siapa Kak Yam? aku bertanya
"Laa tak kenal? Cikgu Yahya, suami akak!"
"Cikgu Yahya....?" aku terus meluru n menarik kerusi plastik betul2 mengadap lelaki yg mmg jauh berbeza penampilan n saiznya 16 tahun yg lalu.....
"Kenapa cikgu jadi camgini? Dulu segini, sekarang segini" sambil beraksi menganggarkan ukuran gemuk jadi kurus, laju aku bertanya tanpa memikirkan perasaannya.
"Mizalin...." cepat dia menyebut namaku, menandakan ingatannya padaku belum lupus dan itu juga tandanya fizikal aku x berubah dulu dan kini.....hahahah berlagak la ni.
"Dah lama ke cikgu camgini?"
Terkelip2 kelopak matanya dengan hela nafas yang agak dalam menandakan panjang jugalah kisah deritanya. Dulu Cikgu Yahya mmg gagah, tegap bertubuh segiempat, kulit bersih dan mata yg slalu bercahaya. Sering tersenyum dengan barisan gigi putih yg mmg asli tersusun. Kini, apa yang ada di hadapanku adalah seorang lelaki yang memang nampak tua, kurus dan kulit agak kering dan bersisik. Aku mmg hampir tidak mengenalinya tadi. Tapi kemesraan n keramahannya tetap sama cuma Kak Yam lebih banyak bercerita sbb sejak Cikgu Yahya sakit, dia cepat lelah.

Hampir 40 minit aku bersembang dgn mereka berdua. Antara kisah yg kami sembangkan...kisah di Kahang.....kisah pergerakan gaji STATIK....kisah kaunseling n kejayaannya... bersara awal...41 tahun dah bersara.....sakit darah tinggi n jantung......zaman dialisis 3 tahun belakangan ni.......anak sulungnya yg meninggal dunia akibat kemalangan pada hari pertama dia menjalani dialisis di KL (kemalangan di depan Xenxin otw balik hantar dorg ke KL utk ambil baju persalinan. ada kereta u-turn dr arah Kluang n hentam kereta dia....n pastu kereta dia dilanggar bas ekspress....patah 9....mengalir air mata mereka 2 orang....aku pun apa lagi......tangkap leleh laaaaa....) Kisah cucu dr anak sulungnya yg ada bersamanya petang tu.....bijak anak yatim tu....dia nk jd doktor buah pinggang....lagi kisah cikgu yahya x leh cakap 9 hari.....Aduh sedih.....termasuklah pasal festival Layang2 Antarabangsa.....tula...tatkala Kak Yam memanggil cucunya yg sedang bermain dgn anak2 Alia....aku menoleh ke arah belakang......Makkkkk.....sorg lagi insan yang aku kenal....
Setelah bertukar2 nombor telefon, aku bergerak meninggal mereka berdua utk menemui insan tersebut....

Shidah, jiranku (selang sebaris dr rumahku) Aku mmg tak pernah berbual apatahlagi berborak mesra dengannya....aku tahu cerita tentangnya melalui Midah pengasuh Mahadir. Tapi petang tu mmg berlainan sekali...Aku berbual, brcerita.....seolah2 mcm kawan baik yg dah lama x jumpa sambil mengurut2 kakinya......Dia pun ada kisah sengsara....walaupun muda lagi tapi dia dah disahkan mengidap sakit buah pinggang dan perlu menjalani dialisis seawal 28 tahun.....dah lebih malang lagi.....Suaminya meninggal seminggu sebelum tiba hari raya hari tu...akibat kemalangan yg mmg x dijangka....sblum kejadian malang tu, arwah sempat menjengok dia kat pusat dialisis tu....arwah eksiden kat jalan ke T6 (antara sri Impian ke round about..Mardi)...dilanggar/rempuh kereta pasanagn cina yg sibuk memegang telefon bimbit.....Shidah menceritakan debaran n kesannya sekarang.....aduh sedihnyaaaaa......sempat jugak dia bercerita...sehingga akhirnya aku tahu kak BB Mariam Mohd Mokthar anak Pak Matlob pun slalu didialisis kat situ....Kalu dia ada haritu....satu lagi sesi perbualan akan berlaku..

ermmmmmm...sesudah pamitan....(dgn tangan kosong.....almaklumlah x rancang...) aku mengundur diri....tapi hari tu mmg penuh makna.....aku gembira sbb dpt bertemu dgn mereka...bersembang....membuat mereka tertawa n ditemani.....tempat mereka bercerita....w/p jauh disudut hatiku...mmg ada rasa sebak...sedih..kasihan.....namun aku bersyukur.....diberi kesihatan...Kesihatan lebih bernilai daripada lain2 perkara....Pada masa yg sama, aku dapat lihat n rasa keakraban sesama mereka kerana sering bertemu dlm jangka masa yg lama. hal itu mmg diakui oleh Shidah n Alia....
"Kitorang suma mmg dah macam adik beradik".....

Ketika aku melangkah keluar dari Pusat Dialisis Putra itu, jam di tanganku betul2 menunjukkan jam 6.05 petang.... W/p kerjaku x selesai haritu....tapi hati aku senang....riang...cuma rasa terkilan sbb x bawak ape2 utk dorg....

Konklusinya.....semasa kita sihat ni.....kita perlu konsisten dalam penjagaan permakanan n kesihatan.....mencegah lebih baik daripada merawat......tapi kalu kita dah berusaha untuk menjaga, tapi dapat sakit jugak....tu suma kuasaNya......

p/s....bahasa yg digunakan utk menulis cerita ni...mmg bahasa pertuturan/lisan....kalu nk buat cerpen...kene olah semula...