Sunday, July 31, 2011

Ramadan Datang Lagi.....

Pejam celik, pejam celik.....Ramadan dah datang lagi....Moga kita semua dapat 'markah' yang lebih tahun ni..... Cakap pasal Ramadan...semua orang dah tahu....bulan puasa la tu....esok insyaAllah kita akan mula berpuasa.....
Teringat kenangan berpuasa mase kecik..... baru belajar puasa..... Ya Allah letihnye...asek tanya mak x sudah2. Lama lagi ke buka puasa???....pukul berapa ni mak....????. Letih mak menjawab......akhirnya mak kata.....kalu letih...pegi tidur.... nanti dah dekat waktu berbuka...mak kejut....
Jadi tertidur la kat mana2 jer tmpt yg rasa nyaman.....mcm bebudak2 ni jugakla....Letih sgt la tu.... Macam2 kenangan masa mula2 belajar puasa kannn....ada kawan tu.....teguk air paip mase amek air sembahyang.....hahahah...Korang ada buat??????
ermmmmmm.....Tahun ni M mula puasa....

Saturday, July 30, 2011

Selamat Hari Lahir Manique Aha....

Dah tiba giliran utk ucap Selamat Hari Lahir pada Manique Aha.....esok 31 Julai......Selamat Hari Lahir.......
Nak nyanyi jugak ke??? Lagu yg sama la yerk..
"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamuuuuuu
Allah selamatkan kamu selalu
Allah selamatkan kamuuuuu........"

Sorry la yer....keluar gambar dolu-dolu...zaman tulang temulang.....

Sunday, July 24, 2011

Nak Tempah Kad Ucapan...??????

Semua kad ni handmade....menggunakan tanganku sendiri...
Sekeping = RM 4.00
Size : 15cm x 11cm
Tiada kos penghantaran.
Tampahan melebihi 50 keping...akan diberi potongan harga..
KAD BATIK
Kad ucapan ni dihias dgn corak batik mengunakan teknik batik canting atau batik tulis.
KAD POTRET
Tapi jangan mintak aku lukis gambar artis atau wajah korg....tu dah kira harga lain tau...
KAD ALAM
gambar pemandangan.....
Jika berminat, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen, emailkan ke mylinz06@yahoo.com atau call 019-7721480.

Thursday, July 21, 2011

Kalau ada lebihan warna....

......pada pallet.....jangan buang..nnt membazir......sebaliknya, gunakan warna2 yang terlebih tu untuk conteng2....atau berkarya....
catan di atas ni....sebelah kiri menggunakan water colour....dan sebelah kanan menggunakan acrylic...boleh potong2 utk dijadikan bookmark...
ni water colour....jenama Alpha...boleh buat kad ucapan...
Acrylic....
yang ni water colour jugak....3 kaler jer...kuning, biru n coklat.....campur2...jadi gitu....

PHOTOGRAPHY Competition MASIF 2011..Lumayan..


Syarat-syarat Pertandingan

  1. Penyertaan
    • Kategori A: TERBUKA

      Terbuka kepada semua Rakyat Malaysia. Jumlah penyertaan adalah tidak terhad. Walaubagaimanapun, setiap peserta hanya LAYAK memenangi SATU hadiah sahaja, sekiranya penyertaan mereka terpilih sebagai pemenang

    • Kategori B: Pelajar IPTA & IPTS

      Terbuka kepada semua pelajar IPTA & IPTS dalam Malaysia. Peserta mestilah merupakan rak yat Malaysia. Jumlah penyertaan adalah tidak terhad. Walaubagaimanapun, setiap peserta hanya LAYAK memenangi SATU hadiah sahaja, sekiranya penyertaan mereka terpilih sebagai pemenang

      Peserta bagi kategori ini hendaklah berusia 24 tahun dan ke bawah bermula pada 1 Januari 2011

    • Kategori C: Bukan Warganegara Malaysia

      Terbuka kepada Pelancong Negara Luar atau rakyat asing yang bermastautin di Malaysia

      Jumlah penyertaan adalah tidak terhad. Walaubagaimanapun, setiap peserta hanya LAYAK memenangi SATU hadiah sahaja, sekiranya penyertaan mereka terpilih sebagai pemenang

  2. Ahli Jawatankuasa Penganjur, keluarga terdekat, rakan penaja dan keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Pihak penganjur berhak menggantikan hadiah kemenangan (barangan) dengan yang lain yang mana nilainya adalah sama sekiranya berlaku kesukaran untuk mendapatkan stok barangan tersebut ketika pengumuman kemenangan dibuat.
  3. Peserta bebas menggunakan apa sahaja jenis kamera bagi merakamkan foto untuk menyertai pertandingan ini. Walau bagaimanapun, foto yang dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan PDA adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
  4. Gambar yang menyertai pertandingan hendaklah dalam bentuk digital atau filem. Saiz gambar hendaklah sekurang-kurangnya 5 megapixel. Untuk format filem, peserta dikehendaki membuat salinan digital/scan filem dan dihantar kepada sekretariat pertandingan.
  5. Cara penghantaran
    • Cara pertama

      Peserta dikehendaki menghantar gambar dengan cara memuat naik / upload kepada server sekretariat beserta dengan online form yang boleh didapati daripada laman web rasmi MASIF 2011 www.masifestival.com.my . Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web rasmi.

    • Cara kedua

      Peserta boleh membuat salinan gambar dalam bentuk CD/DVD kemudian diposkan/ dihantar kepada sekretariat pertandingan berserta dengan borang yang telah diisikan maklumat peribadi. Borang boleh didapati dengan cara memuat turun daripada laman web rasmi MASIF 2011 www.masifestival.com.my , keratan daripada akhbar dan majalah yang menyiarkan maklumat pertandingan.

      CD/DVD yang dihantar tidak akan dipulangkan kembali

  6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku kepada salinan yang dihantar kepada Sekretariat yang berlaku semasa proses penghantaran
  7. Foto yang menyertai pertandingan hendaklah milik peserta termasuk hakcipta dan tidak pernah disiarkan dalam mana-mana penerbitan.
  8. Foto yang menyertai pertandingan hendaklah dirakam ketika tempoh masa pertandingan berlangsung.
  9. Peserta dilarang melakukan sebarang pengubahsuaian pada gambar kecuali pengimbangan warna, penajaman dan pemotongan komposisi.
  10. Hakcipta foto yang menyertai pertandingan adalah kekal milik peserta. Sekiranya melibatkan orang perseorangan dalam foto yang menyertai pertandingan, peserta hendaklah memiliki salinan bertulis kebenaran individu yang terlibat.
  11. Penganjur berhak menerbitkan/menyimpan/mencetak mana-mana foto yang dihantar tanpa makluman dan kebenaran bertulis daripada peserta atau tanpa perbincangan terlebih dahulu mengenai sebarang bayaran untuk penggunaan foto yang terlibat.
  12. Semua penyertaan hendaklan sampai kepada penganjur selewat-lewatnya pada jam 12 tengahari, 31 Julai 2011.
  13. Keputusan juri yang dipilih adalah muktamad.
  14. Keputusan kemenangan akan diumumkan melalui laman web www.masifestival.com.my , akhbar dan dimaklumkan kepada pemenang samada melalui pos, panggilan telefon atau email.
  15. Kegagalan mematuhi sebarang syarat dan peraturan pertandingan akan mengakibatkan penyertaan terbatal dengan serta merta
  16. Penyertaan adalah percuma, tiada sebarang bayaran dikenakan.
  17. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta adalah bersetuju dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Juri Pertandingan

Pemilihan pemarkahan pemenang akan dibuat oleh juri-juri profesional yang dipilih oleh pihak sekretariat. Aspek pemarkahan akan ditentukan oleh keaslian foto, penceritaan, tema dan nilai murni yang dipaparkan, selain daripada aspek teknikal fotografi.

Form


Nama (Seperti dalam kad pengenalan):
Full Name (as in I.C.):
No. Kad Pengenalan Baru: (XXXXXX-XX-XXXX)
New I/C No. :(XXXXXX-XX-XXXX)
No. Pasport :
Passport No. :
Emel :
Email :
Warganegara :
Nationality :
Umur :
Age
Tarikh Lahir : (DD/MM/YYYY)
Date of Birth : (DD/MM/YYYY)
Alamat :
Address :
Poskod :
Postcode :
Negeri :
State :
No. Telefon (R/P):
Telephone (H/O) :
No. Telefon Bimbit: (01X-XXXXXXX)
No. Telefon Mobile: (01X-XXXXXXX)
Lokasi :
Location :
Tajuk Penyertaan :
Title of Entry :
Keterangan Gambar :
Photo Caption :
Kategori:
Category :
Muat naik fail (format .png, .jpg sahaja; tidak lebih daripada 8Mb):
Upload file: (.png, .jpg format only; not more than 8Mb)
Penyertaan karya hendaklah merangkumi aspek berikut:
Contest photograph may range over any of these subjects:
  • Individu, kumpulan, lokasi, budaya, adat dan apa sahaja yang mencerminkan keharmonian Malaysia dan semangat 1 Malaysia.
    Individual, groups, culture and custom, or anything that reflects the spirit of Malaysian harmony and 1 Malaysia.

Dengan ini saya memperakui bahawa saya telah membaca dan memahami syarat & peraturan pertandingan ini dan akan mematuhinya.
I hereby declare that I have read and understood the rules and regulations of the competition and I will adhere to these rules and regulations.
Dengan ini saya mengakui bahawa saya adalah jurufoto asal dan semua hakcipta imajan ini adalah milik saya dan tidak membabitkan pihak ketiga.
I hereby declare that I am the original photographer and own the copyright to this photograph, and do not infringe upon any third party rights.

Dengan ini saya mengakui bahawa saya sudah menyertai MASiF Facebook page.
I hereby declare that I already joined MASiF Facebook page.


Tarikh tutup: 31 Julai 2011 jam 12 00 tengahari
Closing date: 31st July 2011 12 00 noon
Penyertaan ini hendaklah sampai sebelum jam 12 tengahari 31 Julai 2011
Send in your entries before 1200 noon on 31 July 2011

Wednesday, July 20, 2011

Orang Lidi.....Sticker...Kad Bisnes

Ni sticker merangkap kad bisnes kami....ilustrasinya 'orang lidi' jer.....simple...
Menawarkan beberapa perkhidmatan....hikhikhik....amek gambar2 peristiwa bermakna dalam hidup.....Contohnya....
1. Majlis perkahwinan
2. Majlis Hari Jadi
3. Kenduri Kesyukuran/Doa selamat
4. Buat Story Board
5. Edit Gambar.....
Jika berminat, sila la hubungi kami...harga boleh dirunding......

Wednesday, July 13, 2011

Seni dan Boling.....Boling dan Seni

Apa seni dan boling ni?? hahaha...cuba tengok.....Apa yang korang nampak?????
Nampak tak?????
Hahhhh! x kan x nampak lg kottttt.....
Ahaksss.....seni jugak ni....kasut boling....menghasilkan garisan berpancar....n harmoni....kesatuan pun ya jugakkkk...(dlm prinsip rekaan)
Haha...yg n dah pastilah....catan berpuisi di luar pusat boling kat UO Pasir Gudang...16 Feb 2011
Ni seni menghayun n melepaskan bola boling tu....ada x org lain buat cam gini....teknik baru ni oleh ismi haqiqi ismail....

tengok...berapa jatuhan pin dia.....kihkihkih
Laaaaaa.....dia yang jatuh rupanya....kahkahkah....susah nk tengok org baring kat landasan ni...

Ni kenangan main boling ngn Rasyad, umi.....
Dilla.... Fatin (xde dlm gambar)...akhir tahun lepas...2 Disember 2010 kat Kluang Parade
7 jer yang jatuh...
Dah lama jugak x main boling.....kali terakhir main hari tu pada 18 Mei....mase teachers day....dengan warga SMKBT6...tu asheeq n darwisy....

Saturday, July 2, 2011

Logo paling suka aku tengok masa kini....

Simbol identiti korporat yang sangat mengujakan.....sungguh sempurna.....aksara 'M' yg kreatif, nampak teguh, eksklusif dan gah......Dulu2 aku x pandang sgt jenama ni......tapi sejak rupanya berubah ni....aduhhhhhh..... apatah lagi kalau logo ni termelekat pada body yg juga indah n solid.... Mazda 3....colour putih kegemaran aku pulak tu.....aduhaiiii
Ni semua gara2 slalu sgt memollow jentera ni mase kat highway la ni....
Cantik kan!!!!!
Mazda 6 pun cantik jugak.....Mazda 2 pun....
tapi harganya...mak aiiii.....ratus ribu tu.....Mampukah aku memilikinya.....dapat tengok, sekadar memuji n berangan pun jadilah kannn......